Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Fakta mengenai jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di dalam perkhidmatan awam Malaysia

Di Malaysia, KSU dilantik dari kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Dengan kata lain, PTD adalah peneraju pentadbiran kerajaan.

Sejarah PTD bermula pada tahun 1921 apabila British memperkenalkan Malayan Civil Service (MCS) yang menggabungkan Straits Settlement Civil Service (SSCS) dan Federated Malay States Civil Service (FMS). Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu) ada perkhidmatan awam sendiri.

Pada asalnya MCS hak orang putih sahaja. Tapi kemudian ia dibuka kepada orang Melayu (dan seterusnya kepada semua orang Malaysia). Orang Melayu pertama yang menyertai MCS ialah Raja Said Tauphy dan Hamzah bin Abdullah, bukan Raja Chulan (beliau orang Melayu pertama yang berkhidmat dalam Malay Administrative Service).

Pada tahun 1972 MCS dinamakan semula sebagai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Daripada sebuah kelab anak-anak raja dan bangsawan, PTD berkembang menjadi sebuah skim perkhidmatan awam yang terdiri daripada anggota semua lapisan masyarakat Malaysia.

Walaupun peranan mereka adalah sebagai tunjang pentadbiran negara, mereka sangatlah “low key”. Mereka tak minat berpolitik, selain menyampaikan perkhidmatan kepada negara dan rakyat. Itu yang membuat Mira Filzah salah anggap PTD kerja jenis “terperap di pejabat”.

Sebenarnya hidup PTD ini sangat “versatile” dan hidupnya sangat “adventurous”. Kalau ada acara besar seperti Sukan SEA ini, PTD daripada kementerian berkaitan kenalah turun padang, dan kena maki dengan orang macam brader ini. Tapi walaupun pun dimaki, kami tetap kena senyum, sabar dan bertenang kerana rakyat adalah “stakeholder” kami.

Itulah PTD. Berkhidmat tanpa rasa jemu. Berusaha tanpa rasa lelah. Berbakti tanpa rasa megah. Bersantun dalam apa jua keadaan.

Kalau nak tahu, ada 3 orang mantan Perdana Menteri merupakan bekas PTD: Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Datuk Ishak Muhammad (Pak Sako) pun bekas PTD. Dato’ Sri Mustapa Mohamed (menteri MITI) pun bekas PTD.

Apa persamaan mereka? Selain kerja tak reti penat, mereka juga sangatlah “humble”. Inilah “trademark” yang sepatutnya ada pada seorang PTD.
Dulu cita-cita saya cuma nak jadi consultant di McKinsey dan BCG, tapi end up jadi PTD sebab tunang nak. OK lah, asalkan kau bahagia. Tapi lama-kelamaan pun rasa boleh tahan juga.
Pengalaman dalam kerajaan banyak mengubah perspektif saya, bukan kerana “masuk sistem”, tapi saya belajar untuk melihat sesuatu isu melalui perspektif yang lain dan lebih luas.

Orang suka maki dan kutuk pentadbiran kerajaan, cakap orang kerajaan tak buat kerja, tak cerdik. Tapi mereka tak sedar orang kerajaan ada banyak kekangan dan limitasi dalam melaksanakan sesuatu, bukan semudah menaip status di Facebook atau di Twitter.

Kenyataan-kenyataan sebegini juga menzalimi kakitangan kerajaan yang telah banyak berkorban. Ada yang kerja sampai 4-5 pagi, sampai hanya jumpa keluarga 3 bulan sekali, sampai tak sempat berada di sisi isteri dan anak pertama ketika isteri bersalin, semua hanya dengan niat untuk memastikan kebajikan rakyat terjaga.

Kalau brader ini (dan siapa-siapa saja) betul-betul memahami cabaran dan kesusahan dalam melaksanakan sesuatu menggunakan platform kerajaan, yakni mereka tidak tergamak untuk merendah-rendahkan usaha pelbagai pihak yang terlibat dalam menjayakan temasya ini.

Jadi, sementara meraikan kejayaan atlet kita, elok juga kita sama-sama merakamkan sejuta penghargaan kepada “unsung hero” kita: semua kakitangan kerajaan, PTD dan jua bukan PTD, dari Kementerian Belia dan Sukan dan lain-lain kementerian dan agensi yang telah bertungkus lumus untuk memastikan Sukan SEA 2017 ini satu kejayaan.
“Berkhidmat Untuk Negara”

Sumber – Ayman Rashdan Wong

 

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad