Langkah Terbaik Membantu Kenalan Yang Mengalami Depresi

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Langkah Terbaik Membantu Kenalan Yang Mengalami Depresi

Kekurangan tidur, pemakanan yang kurang baik, dan senaman yang tidak mencukupi adalah resipi untuk kemurungan di kalangan pelajar kolej

Apabila ada ahli keluarga atau kenalan yang mengalami depresi. Sokongan dari insan seperti anda memainkan peranan penting yang mungkin dapat memulihkan jiwa mereka yang cedera.

Depresi adalah masalah yang serius yang tidak boleh dipandang enteng atau dianggap remeh.  Ia boleh ‘menyerang’ sesiapa saja, dari yang muda hingga yang tua, apa yang pasti depresi ini boleh menyebabkan ‘kesakitan senyap’ yang memberikan impak kepada individu tersebut dan juga orang disekeliling mereka.

Jika ada ahli keluarga atau kenalan anda yang mengalami depresi, anda akan melihat pelbagai ketidakstabilan emosi seperti marah, takut, sedih, rasa bersalah, dan rasa putus asa.

Menyelami dengan memahami depresi

Depresi adalah serius – Jangan memandang rendah apa impak yang dibawa kepada individu yang mengalaminya. Depresi boleh ‘menyedut’ tenaga, sikap optimistik, motivasi. Jangan desak individu tersebut untuk lupakan apa yang ‘menganggu’ fikiran mereka.

Ianya simptom, bukan bersifat peribadi – Depresi akan menyebabkan seseorang itu mula ‘menyekat’ hubungan emosi dengan sesiapa saja, walaupun pada orang yang mereka sayang. Ini mengakibatkan mereka yang mengalami depresi kerap mengeluarkan kata kata yang boleh mengguriskan hati

Anda tidak boleh “menyembuhkan” depresi – Walaupun anda telah cuba sehabis baik untuk menyelamatkan individu yang mengalami depresi, ingat bahawa untuk memulihkan depresi ianya bergantung pada individu itu sendiri.

Peka jika ahli keluarga ataupun kenalan anda :

  • Mula hilang minat kerja, hobi, perkara yang menyeronokkan dan mula mengasingkan diri daripada rakan, keluarga dan aktiviti sosial.
  • Tak menentu bila sedih, marah ataupun moody. Selalu bercakap tentang ‘putus asa’
  • Kerap mengadu sakit kepala, perut, sakit belakang ataupun mengeluh betapa mereka selalu berasa lesu dan tak bersemangat.
  • Kurang tidur ataupun tidur terlalu lama
  • Tak yakin dengan diri sendiri, pelupa, tak terurus dan seperti berada dalam dunia sendiri
  • Melakukan penyalahgunaan dadah

Mendengar lebih baik dari memberikan nasihat

Orang yang mengalami depresi sudah cukup tertekan, tak perlu ditambahkan lagi dengan nasihat anda yang panjang berjela ataupun yang bersifat sinis. Di dalam zaman di mana semua orang mahu bercakap, siapa yang mahu mendengar ? Mendengar itu lebih baik.

Menggalakkan mereka untuk meluahkan masalah 

Mulakan perbualan dengan ayat seperti :

“Aku perasan kau macam banyak fikir kebelakangan ni, kau ada benda nak cerita kat aku ?”

“Kau nampak tertekan, ada apa apa yang aku boleh tolong ?”

Apa yang anda PATUT cakap :

  • Kau tak bersendirian, aku ada dengan kau.
  • Aku mungkin tak faham apa yang kau rasa tapi aku kisah dan aku nak bantu.
  • Kau penting untuk aku
  • Bagitahu kalau ada apa apa yang aku boleh tolong

Apa yang anda TAK PATUT cakap :

  • Tu semua dalam kepala kau je
  • Bukan kau sorang je rasa benda ni, aku ni lagi teruk
  • Cuba positif sikit
  • Dah dah la tu, lupakan jela
  • Sikit je tu, kau jangan lemah sangat

Cadangkan untuk berjumpa dengan pakar

Tawarkan bantuan untuk membuat temujanji dengan doktor ataupun therapist. Individu yang menghadapi depresi mungkin sudah kehilangan ‘tenaga’ & semangat. Jadi penting untuk anda yang melakukan kerja kerja seperti mencari di mana tempat doktor/therapist dan menghubungi mereka untuk membuat temujanji.

Pandangan pakar akan menentukan samada individu tersebut benar benar mengalami depresi ataupun tidak, dan jika benar individu tersebut akan dirujuk kepada psychiatrist atau psychologist.

Ia mungkin mampu menyelamatkan nyawa.

Sumber – Job Kartel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad