Bagaimana Nak Tukar PTPTN kepada Biasiswa

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Sumber: Permohonan.my

Perhatian buat pelajar yang ada membuat Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN). Mereka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama boleh membuat Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Ke Biasiswa seperti langkah yang dikongsikan ini.

Pelajar yang sudah dapat scroll Ijazah Kelas Pertama pada hari konvokesyen, adalah digalakkan untuk menghantar permohonan pertukaran pinjaman ke pihak PTPTN pada kadar yang segera.
Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Ke Biasiswa (Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama)
Buat panduan pelajar cemerlang semua, berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Penukaran Pinjaman PTPTN Kepada Biasiswa. Maklumat yang dipaparkan termasuk syarat permohonan pertukaran, dokumen yang diperlukan, alamat permohonan serta contoh surat permohonan rasmi.

Syarat Permohonan Pertukaran Pinjaman Ke Biasiswa
Mereka yang layak membuat permohonan :-

Graduan dari mana-mana IPTA atau IPTS
Mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
Ijazah Sarjana Muda mestilah yang diiktiraf oleh MQA
Cara Membuat Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Kepada BIasiswa
Pemohon perlu membaca dan sila fahamkan setiap arahan dan panduan dilaman web PTPTN : http://www.ptptn.gov.my/web/guest/bayaran-balik/pengecualian

1. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan
Akuan Penerima biaya yang telah lengkap diisi. Pergi ke link URL: http://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2 dan klik pada Borang Akuan Pelajar Bagi Permohonan Pengecualian Bayaran Balik Pembiayaan
Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.
Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.
Bagi penerima biaya IPTS, salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.
Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah)
2. Surat Permohonan Rasmi
Permohonan pertukaran ke Biasiswa perlu disertakan dengan surat rasmi permohonan seperti di kongsikan bawah ini. Jangan lupa, suarat perlu ditandatangani oleh pemohon.

3. Hantar Permohonan
Pos segala dokumen yang diperlukan ke alamat yang disertakan dibawah ini atau hantar sendiri ke:-

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KUTIPAN BALIK
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
LOT G2, TINGKAT BAWAH WISMA CHASE PERDANA,
OFF JALAN SEMANTAN,DAMANSARA HEIGHTS,
50490 KUALA LUMPUR.
(u/p: Pn. Norzila binti Mohd Yaakob – Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik)

Semoga perkongsian Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Ke Biasiswa dapat membantu pelajar yang berkelayakan membuat permohonan dengan kadar segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE