Tarikh Pendaftaran Masuk Ke Universiti Awam Bagi Sesi 2017/2018

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Bahgian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi telah menyenaraikan tarikh-tarikh penting bagi kemasukan semester baru bagi seluruh Universiti Awam (UA) di Malaysia bagi sesi akademik 2017/2018.

Selesai diumumkan keputusan UPU, mesti ramai yag bertanya tarikh pendaftaran kemasukan ke universiti awam. Maklumlah untuk membuat persiapan dan sebagainya. Jadi sebagai perkongsian kami kongsikan tarikh pendaftaran bagi semua universiti awam.

Kepada yang gagal jangan bersedih, anda masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan di fasa pertama. Pemohon yang berjaya dalam rayuan fasa pertama, akan masuk mendaftar bersama-sama dengan pemohon yang berjaya dalam ambilan pertama. Kursus yang ditawarkan adalah kursus yang masih ada kekosongan sahaja. Bukannya semua kursus ditawarkan seperti mana sebelum ini.

Sekiranya masih gagal dalam permohonan rayuan, pemohon akan dipertimbangkan lagi untuk rayuan fasa 2. Rayuan fasa 2 ini akan dibuka sebaik sahaja pelajar mendaftar masuk ke UA. Jumlah kursus yang ditawarkan bergantung kepada makluman pihak universiti kepada pihak UPU kursus manakah yang masih ada kekosongan. Jika anda berjaya tetapi tidak mendaftar misalnya, tempat anda akan diisi oleh pemohon rayuan fasa 2.

Jadi bagi tahun ini tiada lagi istilah kursus lelong. Kursus yang ditawarkan hanya berdasarkan 12 pilihan anda sahaja. Cuma yang berbeza adalah pilihan manakah yang akan ditawarkan. Bergantung kepada markah kiraan merit kemasukan ke universiti bagi sesebuah kursus. Untuk info lengkap tarikh-tarikh penting UPU, KLIK DISINI. Semoga berjaya kepada semua pemohon!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

UiTM di ❤ ku

Ada Degree Tapi Suri Rumah

Ada degree tapi suri rumah? Pertanyaan sebegini sering diajukan kepada mereka yang memiliki ijazah tetapi memilih untuk duduk di rumah mengurus keperluan keluarga, Bagaimanapun setiap

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE