SEPERTI semua jenis pengangkutan, perjalanan udara juga mempunyai bahayanya, jadi tidak hairanlah sesetengah orang akan gementar setiap kali menaiki pesawat.
Tetapi jika anda seorang yang fobia untuk terbang, anda perlu tahu bahawa kebimbangan itu mungkin tidak masuk akal atau tidak seteruk yang anda fikirkan.
Ahli terapi, Christopher Paul Jones telah menyenaraikan 10 mitos paling biasa mengenai perjalanan udara, bagi membuktikan kepada golongan ini bahawa mereka tidak perlu bimbang untuk menaiki pesawat.
Jones, juga dikenali sebagai ‘The Breakthrough Expert’, pakar dalam membantu orang ramai mengatasi ketakutan dan kebimbangan terbesar mereka.
Dari risiko kecelakaan kepada salah faham tentang gelora udara (turbulence), panduan ini mungkin dapat membantu anda.
Mitos 1: Terbang itu bahaya
Munasabah untuk berfikir terbang di udara pada kelajuan 500 batu sejam, 36,000 kaki dari darat berbahaya, tetapi hakikatnya, perjalanan udara sebenarnya jauh lebih selamat berbanding mod pengangkutan darat.
Menurut Jones, kemungkinan untuk anda meninggal dunia dalam kemalangan pesawat adalah satu dalam 11 juta.
Mitos 2: Ia boleh berlaku kepada seseorang
Realitinya, bernasib malang kerana nahas kapal terbang masih ada dan seseorang pasti akan terjejas dengannya, tetapi jika anda adalah salah seseorang itu, ia dianggap sangat tidak bernasib baik.
Jones berkata jika anda menggunakan logik untuk menjelaskan tentang takut mati dalam kemalangan pesawat, maka secara logiknya anda perlu 220 kali lebih prihatin tentang kematian kemalangan kereta.
Malah, tidur adalah lebih bahaya kerana kemungkinan untuk anda mati di atas katil semasa tidur adalah lima kali berbanding berada di udara.
Mitos 3: Kalau terhempas, semuanya berakhir
Anda mempunyai 95.7 peratus kemungkinan terselamat dari nahas pesawat. Kebanyakan penumpang bertahan dan selamat dalam nahas kerana kemahiran juruterbang yang mampu mendaratkan pesawat dengan ketepatan dan keselamatan luar biasa.
Mitos 4: Kemalangan, syarikat penerbangan tak terjejas
Sebuah pesawat jumbo menanggung kos penerbangan komersial sekitar £100 juta, jadi jika kapal terbang terhempas, begitu jugalah keuntungan mereka menjunam. Belum lagi dikira berjuta-juta ringgit pampasan yang perlu diketepikan untuk mangsa dan keluarga mangsa. Oleh itu, tidak masuk akal untuk berfikir bahawa syarikat tidak akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan salah satu pesawat mereka terhempas.
Mitos 5: Gelora udara bahaya
Juruterbang yang paling berpengalaman pun tidak mampu mengalahkan gelora udara yang kuat, tetapi ia sebenarnya tidak menimbulkan kemungkinan kemalangan.
Pesawat bergoyang hanyalah disebabkan ia melanggar ‘poket udara’ dan juruterbang anda sepenuhnya bersedia untuk itu.
Menurut Patrick Smith dari ‘Ask The Pilot’, jumlah kemalangan pesawat yang disebabkan oleh pergolakan boleh dihitung dengan jari sebelah tangan.
The One You've Been Waiting For : UiTM Long Sleeved Basic Tee Hoodie Series
For purchase visit : https://t.co/U7eS7fU4tu pic.twitter.com/D8cgnjQNoJ— Made in UiTM (@madeinuitm) December 9, 2017
Mitos 6: Kegagalan enjin, pesawat terhempas
Enjin rosak semasa penerbangan adalah salah satu mimpi buruk. Tetapi Jones menunjukkan bahawa sebuah pesawat sebenarnya hanyalah sebuah luncur besar, yang bermaksud ia boleh diterbangkan dengan mudah dan mendarat tanpa enjin.
Walaupun mustahil untuk juruterbang anda untuk mendaratkan pesawat tanpa enjin, tetapi pendaratan tanpa satu enjin adalah tugas yang jauh lebih mudah.
Mitos 7: Kilat buat pesawat terhempas
Pesawat terhempas disebabkan kilat adalah fantasi Hollywood yang lebih besar berbanding realiti.
Jones mendakwa tiada pesawat moden pernah terhempas disebabkan kilat, kerana pesawat semasa direka untuk menahan kilat.
Mitos 8: Sayap pesawat mungkin jatuh
Kemungkinan sayap pesawat terjatuh semasa penerbangannya hampir sama dengan sifar.
Semua sayap telah diuji sebelum pesawat dibenarkan untuk berlepas, jadi jika ia akan jatuh, ia akan berlaku di darat.
Boeing mempunyai ‘ujian pergerakan sayap’ di mana sayap Boeing 787 dinaikkan ke atas pada ketinggian 25 kaki, membuktikan bahawa ia boleh berdepan sehingga 150 peratus pergerakan semasa peristiwa paling melampau.
Mitos 9: Bimbang buat saya terkawal dan bersiap sedia
Pakar ‘Breakthrough’ menyatakan bahawa adalah tidak rasional untuk cuba mengawal setiap elemen dalam hidup anda dan berbuat demikian boleh membawa kepada tahap tekanan yang tinggi.
Satu dalam setiap tiga orang mempunyai serangan jantung kerana tekanan dan kebimbangan, jadi anda sebenarnya jauh lebih cenderung untuk mati kerana bimbang tentang kemalangan pesawat.
Mitos 10: Berita tunjuk nahas pesawat banyak berlaku
Mitos ini mungkin yang paling mudah untuk disangkal. Ini kerana kita melihat kemalangan pesawat dalam berita disebabkan ia sangat jarang berlaku
Jika kemalangan perjalanan udara begitu biasa, agensi berita tidak akan mempedulikannya lagi.
JOnes mencatatkan bahawa terdapat kira-kira 100,000 penerbangan setiap hari di seluruh dunia dan walaupun dengan bilangan yang tinggi, kita tidak akan mendengar kemalangan komersial walaupun satu, setiap hari. -TheSunUK
Sumber: MStar Online