Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Pemuda Dakwa Anak IVF Aishwarya Rai

SANGEETH Kumar sememangnya tidak kenali ramai, namun pemuda ini tampil mengaitkan dirinya dengan aktres terkenal Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan.

Berusia 29 tahun dan berasal dari Andhra Pradesh, dia mendakwa pelakon wanita itu adalah ibu kandungnya.

Ternyata 2018 membuka tirai dengan kejutan apabila indiatoday melaporkannya menerusi wartawannya Samrudhi Ghosh.

Sangeeth mendakwa Aishwarya melahirkannya di London pada 1988 demikian lapor Deccan Chronicle.

Namun apa yang menarik, pada 1988, Aishwarya hanya berusia 14 tahun.

“Saya dilahirkan menerusi kaedah IVF di London pada 1988. Saya dibesarkan di Chodavaram sejak berusia tiga tahun hingga 27 tahun”

Bagaimanapun, Sangeeth tidak mempunyai sebarang bukti terhadap dakwaannya. Sangeeth juga mendakwa tidak mendedahkan perkara itu lebih awal kerana dia telah dimanipulasi oleh ahli keluarganya.

Sementara itu, Aishwarya kini sibuk menjalani pergambaran filem muzikal komedi yang menggandingkannya dengan Rajkummar Rao dan juga Anil Kapoor.

Sumber : Mstar Online

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad