Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Penting Sangat ke ‘A’ dalam SPM

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2016 telah pun diumumkan beberapa hari yang lalu. Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang. Kepada mereka yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, jangan bersedih dan hilang harapan. Seperti mana yang kita tahu, perjalanan hidup seseorang lepasan SPM itu masih panjang dan peluang untuk berjaya dalam hidup masih terbentang luas. Malah, ramai yang telah membuktikan bahawa kejayaan itu masih boleh dicapai walaupun mereka memperoleh keputusan SPM yang kurang memberangsangkan.

Harus diingat bahawa kegagalan hari ini bukan bermakna gagal selamanya. Gagal peperiksaan tidak bermakna anda gagal dalam hidup. Jadikan kegagalan sebagai kepada kejayaan anda di masa akan datang dengan menceburi bidang yang lain.

Soalan yang selalu ditanya orang ramai ketika keputusan SPM diumumkan ialah “dapat berapa A?”. Budaya sebegini menyebabkan kebanyakkan psikologi calon-calon SPM ini terganggu dan tertekan dengan harapan yang ditaruh oleh orang-orang di sekelilingnya. Harapan yang ditinggi diletakkan oleh mereka untuk mendapatkan keputusan yang baik untuk mengelakkan diri daripada malu apabila diajukan soalan sebegini, jika tidak dunia ini seakan-akan telah berakhir bagi mereka.

Jadi apakah yang akan berlaku sekiranya ‘mimpi ngeri’ ini berlaku? apa reaksi ibu bapa dan guru sekiranya ada calon-calon yang tidak memperoleh keputusan yang cemerlang?

Soalan yang patut ditanyakan kepada diri masing-masing ialah wajar ke kejayaan pelajar-pelajar ini diukur dengan berapa banyak gred A yang berjaya diperoleh mereka? Adil ke masa depan pelajar-pelajar ini diukur daripada sudut bilangan A? Perlu ke persepsi negatif dilemparkan kepada mereka yang mendapat keputusan kurang cemerlang? Cuba anda bayangkan, belajar bertahun-tahun dan akhirnya, segala-segalanya dinilai memelalui satu siri peperiksaan akhir yang hanya mengambil tempoh 1 atau 2 jam serta skema soalan yang terbahagi kepada bahagian objektif dan subjektif dan sekiranya mereka gagal, maka masa depan mereka bakal menjadi gelap.

Ada sebilangan ibu bapa yang menjadi kejayaan anak-anak mereka sebagai peluang untuk mereka bermegah dengan jiran-jiran dan rakan-rakan. Tak salah untuk mereka berbangga dengan keputusan anak-anak mereka cuma jangan sampai kita membuatkan ibu bapa lain berasa malu dan bertambah marah dengan keputusan anak-anak mereka. Apabila mereka memarahi anak-anak mereka dan melemparkan kata-kata yang berbaur negatif sudah pasti ini akan melemahkan semangat untuk terus maju.

Ingat, anak-anak tu sebaik-baik kurniaan. Peliharalah kata-kata ketika berbicara dengan mereka. Berikan mereka semangat yang baru dan bantulah mereka sehingga berjaya. Daripada menghukum, lebih baik tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak ini dan katakan walau apa terjadi mereka tetap anak anda dan berbincang dengannya hala tuju selepas SPM.

twitter – @amalianadira

Tukar soalan “dapat berapa A” kepada soalan yang lebih positif seperti ‘macam mana dengan keputusan SPM’.

Selain itu, kepada pelajar-pelajar SPM 2016, tanamkan dalam diri anda bahawa usaha itu sememangnya hak manusia tetapi kententuan itu adalah hak Tuhan, tahu erti qadak dan qadar, sedar bahawa kegagalan hari ini bukan bererti gagal selamanya, tanamkan dalam diri rasa syukur atas keputusan yang diperolehi. Kepada ibu bapa,

Register.
Enjoy 10% Discount.


Deprecated: Elementor\Scheme_Typography is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Typography instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

Deprecated: Elementor\Scheme_Color is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Color instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad