Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Penuntut Tahun Akhir Universiti Awam Dalang Seludup, Edar Ganja

KUALA TERENGGANU –  Polis Terengganu membongkar rahsia seorang penuntut tahun akhir sebuah universiti awam di Kuala Nerus ‘mewujudkan’ pengkalan haram bagi mendapatkan bekalan dadah di negara jiran, susulan rampasan dadah jenis ganja, dalam serbuan di Jalan Mengabang Telipot, Padang Nenas, Kuala Nerus, pada Isnin lalu.

Dalam serbuan di sebuah rumah sewa, kira-kira jam 10.30 pagi itu, selain suspek utama berusia 22 tahun berasal dari Kelantan, turut ditahan tiga lagi rakan serumahnya berusia 21 tahun hingga 24 tahun yang menuntut di universiti sama.

Selain itu, polis turut merampas ganja seberat hampir satu kilogram (kg) anggaran nilaian RM3,000, pelbagai barangan lain termasuk sebuah kereta Proton Satria dan wang tunai RM400 yang disita dengan rampasan keseluruhan bernilai RM10,000.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, serbuah dilakukan selepas hasil maklumat awam serta risikan mengenai satu aktiviti pengedaran dadah yang aktif di kawasan berkenaan melibatkan penuntut universiti awam di Kuala Nerus.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah sewa berkenaan menemui dadah jenis ganja seberat hampir satu kg yang masih dalam proses pembungkusan dipercayai untuk dijual kepada pelanggan serta tiga biji pil ecstasy bernilai RM30.

“Hasil soal siasat, suspek utama itu yang juga dalang utama jenayah pengedaran dadah ini mendedahkan bahawa dia mengambil dadah itu dari negara jiran melalui pengkalan haram yang sengaja diwujudkan bagi mengaburi mata pihak berkuasa, selain mengaku menjadikan rumah sewa dihuni sebagai tempat pembungkusan dan pengedaran dadah.

“Polis juga mendapati suspek yang mengaku menggunakan duit sendiri sebagai modal mengagihkan dadah ini kepada beberapa bungkus seberat 25 gram dan 65 gram untuk dijual pada harga RM10 hingga RM50 kepada pelanggan dipercayai dalam kalangan penuntut serta penduduk setempat di Kuala Nerus.

“Suspek turut mengakui memulakan aktiviti penjualan dadah ini sejak September lalu dan memaklumkan dia membeli dadah seberat satu kg itu dengan harga RM1,500,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

“Keempat-empat suspek yang positif ganja kini direman tujuh hari sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – Sinar Harian

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad