Penyelidik UMT Cipta Kit Pengesan Bakteria Yang Canggih Dari Darah Belangkas

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Penyelidik UMT Cipta Kit Pengesan Bakteria Yang Canggih Dari Darah Belangkas

KUALA NERUS: Penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya membangunkan Kit Pengesan Endotoksin Pantas (TAL) hasil penyelidikan berterusan terhadap belangkas di negara ini.

Kit TAL yang dihasil daripada darah belangkas itu, terbukti berupaya mengesan pencemaran bakteria dalam ubat-ubatan dan alatan suntikan.

Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai penganalisa ketulenan ubat-ubatan yang digunakan dalam badan manusia.

Timbalan Pengarah Institut Bioteknologi Marin (IMB) merangkap Ketua Projek, Profesor Madya Dr Noraznawati Ismail, berkata kit yang dihasilkan itu setanding pengesan endotoksin yang diimport dari luar negara, seperti yang sedang diguna pakai farmasi di Malaysia.

“Kami memilih belangkas kerana darah dihasilkannya lebih banyak. Di negara ini, ada tiga jenis belangkas iaitu belangkas pantai, belangkas bakau dan belangkas sabah, namun hanya dua jenis daripadanya sesuai untuk dikomersialkan,” katanya dalam sidang media Penyelidikan dan Inovasi – Malim UMT di sini, hari ini.

Dr Noraznawati berkata, pihaknya sudah mengadakan validasi di makmal dan terbukti Kit TAL hasil ciptaan kumpulannya berfungsi setanding produk dari luar negara.

“Justeru, dengan terhasilnya kit ini, kami berharap ia akan dapat membantu industri farmasi di negara ini, malah kami juga akan memasarkan kit ini untuk tujuan komersial bermula pada tahun depan.

“Jika produk ini mendapat sambutan, kami merancang memperluaskan pasaran kit ini dengan menembusi pasaran negara Asia seperti Thailand, Brunei, Singapura dan Jepun,” katanya.

Noraznawati Ismail berkata, projek penyelidikan ini bermula dari tahun 2009 selepas pihaknya mendapat geran dan dana sebanyak RM1.9 juta daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) untuk melaksanakan projek ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad