Perbezaan Makna Perkataan Jantina Dan Gender – Rakyat Malaysia Keliru

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Perbezaan Makna Perkataan Jantina Dan Gender - Rakyat Malaysia Keliru

Perbezaan Makna Perkataan Jantina Dan Gender

Banyak yang menyalah anggap tentang penggunaan perkataan jantina dan gender. Jika kita gunakan Google Translate untuk menterjermah perkataan gender ini, ianya akan menjadi jantina. Ini jelas menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna yang mengguna bahasa Melayu kerana perkataan gender, perkataan yang berasal dari Bahasa Inggeris itu, mempunyai pengertian yang berlainan dengan perkataan jantina. Klasifikasi jantina ada satu perkara yang sangat penting di negara ini kerana ianya membezakan lelaki dan perempuan ketika pendaftaran maklumat untuk pelbagai urusan. Terjemahan oleh Google Translate mengenai perkataan gender adalah tidak tepat dan mengelirukan kerana di Malaysia, kita menggunakan Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris untuk tujuan rasmi dan tidak rasmi.


Sebenarnya, gender dan jantina adalah dua perkara yang sama sekali berbeza. Gender adalah stereotype yang diberikan oleh anggota masyarakat sejak dari dahulu lagi untuk membezakan peranan antara lelaki dan wanita. Ia terhasil daripada proses sosialisasi dalam sesebuah masyarakat untuk membezakan fungsi dan tanggungjawab antara kaum lelaki dan perempuan.

Berlainan pula dengan pengertian jantina. Jantina adalah perbezaan dari segi biologi, lelaki dan perempuan. Dengan kata yang lain, jantina dapat membezakan antara orang tu lelaki atau perempuan. Jantina lebih kepada pengenalan diri seseorang sama ada mereka dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan. Lebih mudah untuk difahami,  jantina adalah  perbezaan  biologi di antara lelaki dan wanita dari segi rupa bentuk, kromosom, hormon, alat kelamin dan sebagainya.

Perbezaan Dan Maksud Jantina Dan Gender

Berbalik dengan pemahaman berkaitan dengan gender, ia adalah konstruk sosial yang diamalkan sehingga hari ini. Contohnya, di sekolah, kebanyakan guru-guru akan memberikan tumpuan kepada pelajar lelaki kerana pelajar lelaki dikatakan lebih agresif, aktif dan berani manakala pelajar perempuan pula lebih bersifat pasif, pendiam dan kelihatan takut dan malu. Perbezaan ini terjadi disebabkan oleh peranan gender yang dimasukkan ke dalam akal fikiran kita sejak dari zaman nenek moyang kita lagi.

Gender juga merangkumi nilai-nilai yang sesuai untuk dimainkan oleh kaum lelaki dan perempuan. Contohnya, wanita di dalam stereotype gender menyokong peranan dan tanggungjawab yang berorientasikan tradisional manakala lelaki pula menyokong peranan dominasi hak-hak dan kuasa. Bukan itu sahaja, ia adalah konstruk sosial yang  wujud sejak zaman datuk nenek kita lagi. Tradisi yang diamalkan ini sangat kuat sehingga ke hari ini dan sekiranya tradisi ini ditolak, maka berlaku kepincangan dalam sesebuah masyarakat. Apa yang dikatakan kepincangan ini adalah, masyarakat mula memandang sinis dan wujudnya perkataan baru seperti tomboy dan pondan. Lebih mudah untuk difahami, gender adalah satu budaya dan tradisi yang kita amalkan dan gender dapat membezakan antara tanggungjawab lelaki dan perempuan.

Apa yang dapat dilihat, dalam masyarakat kita hari ini, peranan gender membezakan fungsi lelaki dan wanita. Bukan di negara kita sahaja, malah, kebanyakan ahli Sosiologi di Barat juga mengakui hal yang sama. Artikel yang dikeluarkan oleh Wood pada tahun 2001 membezakan antara lelaki dan wanita melalui sifat maskulin dan feminin. Dari segi budaya, lelaki dikatakan mempunyai sifat maskulin seperti bercita-cita tinggi, berjaya dalam hidup, lebih rasional, aktif dengan aktiviti luar dan sosial, tidak emosi, gagah dan boleh mengawal perasaan.

Stereotaip Terhadap Gender Dalam Masyarakat

Tetapi, stereotaip gender terhadap seorang wanita ialah bersifat menerima, bergantungan dengan orang lain, lemah lembut, penuh emosi, pemelihara, pasif dan menurut kata. Sifat maskulin lelaki inilah yang mengkhususkan lelaki untuk bekerja di luar rumah, mencari nafkah dan pendapatan. Manakala, sifat feminin yang dimiliki oleh seorang wanita disebabkan oleh peranan tradisional dalam mendidik dan memelihara anak-anak. Wanita memikul tanggungjawab seharian di dalam rumah tangga menyebabkan mereka lebih bersifat memelihara anak-anak dan lebih memberikan perhatian kepada anak-anak. Bermakna, peranan dan tugas lelaki adalah dalam ruang public dan wanita pula di dalam ruangan domestik.

Ke semua dikotomi pembahagian yang telah ditetapkan oleh budaya inilah yang menyebabkan kita selesa dengan nilai-nilai tersebut sehingga hari ini. Sekarang, kalau ada yang cakap gender tu lelaki dan perempuan, kita boleh la perbetulkan mereka. Bukan nak cari kesilapan mereka, tapi sekurang-kurangnya kita boleh tambahkan dan kongsi ilmu dengan orang lain.

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE