Permohonan ke Program Latihan Industri Nestle 2017

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Permohonan ke Program Latihan Industri Nestle 2017

Anda sedang berada di semester akhir pengajian dan masih memikirkan tempat untuk menjalani latihan industri? Jangan risau, Nestle membuka tawaran latihan internship kepada anda. Antara kursus pengajian yang memenuhi keperluan syarikat Nestle adalah berkaitan bidang perniagaan, pemasaran, pengurusan, perakaunan, logistik, teknologi makanan, kejuruteraan elektrik dan lain-lain yang berkaitan bolehlah memohon.

Untuk yang kurang pengetahuan am, syarikat NESTLE merupakan salah sebuah syarikat gergasi dalam dunia pemakanan di Malaysia yang mempunyai pelbagai produk dibawah rangkaian pengeluarannya. Untuk yang berminat membuat permohonan, berikut adalah syarat permohonan :

  • Pelajar yang mengikuti Ijazah sepenuh masa di IPT
  • Memiliki minimum CGPA 3.2 atau setara
  • Terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum tambahan di universiti
  • Memiliki kemahiran interpersonal dan komunikasi yang sangat baik
  • Mempunyai semangat yang kuat dan keinginan untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya pada masa depan
  • Keutamaan akan diberikan kepada pelajar tahun akhir

Jika anda berminat, boleh KLIK DISINI dan isi maklumat permohonan selengkapnya. Selesai mengisi, dalam masa yang sama sentiasa hubungi pihak pengurusan Nestle untuk maklum balas sama ada permohonan anda berjaya atau sebaliknya. Semoga berjaya!

Kredit – Afterschool.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE