Koir Fakulti Muzik UiTM rangkul tiga anugerah di Greece

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Koir Fakulti Muzik UiTM rangkul tiga anugerah di Greece
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said (berdiri tengah)bersama kumpulan koir UiTM pada sidang media mengenai kemenangan Kumpulan Koir UiTM dalam tiga anugerah ketika bertanding di Kalamata, Greece di Bangunan Canseleri UiTM Shah Alam.

Kumpulan koir Fakulti Muzik Universiti Teknologi MARA (UiTM) membuktikan keunggulan apabila merangkul tiga anugerah pada Festival dan Pertandingan Koir Antarabangsa Kalamata, Greece 2017, baru-baru ini.

Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata, kumpulan berkenaan memenangi dua kategori, selain turut muncul juara keseluruhan pada pertandingan yang berlangsung dari 11 hingga 15 Oktober lalu.

“UiTM bertanding dalam dua kategori iaitu Koir Campur yang disertai UiTM Chamber Choir (UCC) dan kategori Koir Wanita yang disertai UiTM Women’s Chorale (UWC) seterusnya berjaya menjadi juara dalam kedua-dua kategori itu.

“Mereka bukan saja membanggakan UiTM, malah turut mengharumkan nama negara kerana kita yang pertama dari negara ini membuat persembahan di Kalamata dan memenangi hadiah utama,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Katanya, kemenangan amat bermakna itu dicapai melalui kerja keras dan tekad, sekali gus membuktikan UiTM mampu memberi saingan di peringkat antarabangsa walaupun sebagai sebuah universiti awam.

Sementara itu, pensyarah dan konduktor UCC Masashi Kishimoto berkata, ramai penuntut fakulti muzik universiti awam itu berbakat dalam bidang koir kerana memiliki suara unik.

“Nada suara mereka sedap dan saya mengambil masa kira-kira enam bulan untuk memilih lagu bersesuaian kerana jika lagu yang dipilih tidak bersesuaian dengan suara, sukar untuk menang,” katanya.

Katanya, kejayaan yang diperoleh UCC mampu membuka lebih peluang kepada kumpulan koir universiti awam itu untuk menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa lain.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

tuah bekas penuntut uitm
UiTM di ❤ ku

Tuah Bekas Penuntut UITM

Tuah nyata menyebelahi Mohd Hadli Hairudin, 24, yang diberi peluang mengarahkan filem Karya 12 terbitan Astro, yang bakal menemui penonton pada penghujung September nanti. Pemuda

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE