Permohonan Kemasukan ke Politeknik Separa Masa Ambilan Disember 2017 Kini Dibuka

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Permohonan Kemasukan ke Politeknik Ambilan Disember 2017 Kini Dibuka

Anda merupakan lulusan SPM/ sijil politeknik/ sijil kolej komuniti/ Sijil Kemahiran Malaysia/ sijil institut kemahiran MARA/ Institut Kemahiran Tinggi Perda/ institut pertanian atau lain-lain lulusan yang berkaitan tetapi sedang bekerja dan pada masa yang sama ingin melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya?. Berita baik kerana, anda boleh memohon pengajian secara separa masa di POLITEKNIK ambilan DISEMBER 2017.

Program pengajian separa masa ini sebenarnya memberi peluang kepada semua warga Malaysia yang berkelayakan dan sedang bekerja untuk mengikuti kuliah di hujung mingga serta menambah pengetahuan dan kemahiran dan meningkatkan kelayakan tanpa meninggalkan pekerjaan mereka melalui konsep “Learn As You Earn”. Tamat pengajian diploma di politeknik, boleh mohon pengajian ke mana-mana UA/IPTS untuk pengajian ijazah sarjana muda (degree) dan seterusnya.

TEMPOH PENGAJIAN DAN WAKTU KULIAH

Kepada anda yang risau mengenai jadual waktu kuliah, pengajian ini akan berlangsung selama 8 hingga 10 semester dan kuliah dijalankan pada setiap hari Sabtu dan Ahad KECUALI pada minggu cuti semester dan cuti pelepasan am yang jatuh pada hari tersebut.

YURAN PENGAJIAN

Dari segi yuran pengajian untuk satu semester dianggarkan RM 1,000 ke RM 1,500 bergantung kepada program dan jumlah jam kredit. Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) atau pengeluaran simpanan akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

KURSUS PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Rujuk kursus yang ditawarkan dan syarat kelayakan dibawah kursus berkenaan. Jika memenuhi syarat kelayakan bolehlah memohon.

Senarai kursus

DA001 Diploma Kejuruteraan Awam
Ditawarkan di PUO, POLISAS, POLIMAS, PKS, PPD, PKK, PSA, PSMZA, PMM, PTSB

DA002 Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
Ditawarkan di POLIMAS, PSA

DA004 Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
Ditawarkan di POLIMAS

DA005 Diploma Seni Bina
Ditawarkan di PUO, PPD

DA010 Diploma Geomatik
Ditawarkan di PUO, PMM, PTSB

DE001 Diploma Kejuruteraan Elektrik
Ditawarkan di POLIMAS, PKB, PPD, PMM, PSAS, PTSB, PMJ

DE003 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
Ditawarkan di POLISAS, PKK, PSP, PSMZA, PSAS, PTSB

DE004 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
Ditawarkan di POLISAS, POLIMAS, PKS, PKK, PSA, PSMZA

DE007 Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Ditawarkan di PUO, POLIMAS, PSMZA

DM001 Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Ditawarkan di PUO, POLISAS, PKS, PPD, PKK, PSA, PSP, PSMZA, PMM, PTSB, PBS

DM002 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
Ditawarkan di PKS, PPD, PSMZA

DM003 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
Ditawarkan di POLIMAS

DM004 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
Ditawarkan di POLIMAS, PKS, PSMZA, PTSB, PBS

DM008 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)
Ditawarkan di POLIMAS

DM011 Diploma Kejuruteraan Mekatronik
Ditawarkan di PSMZA, PTSB

Syarat kelayakan kursus

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-

a. Lulus Bahasa Melayu
b. Lulus Bahasa Inggeris
c. Lulus Sejarah (SPM tahun 2013 dan ke atas)
d. Mendapat TIGA (3) kepujian bagi mata pelajaran termasuk;

  • Matematik
  • SATU (1) mata pelajaran berkaitan sains/ teknikal/ vokasional
  • SATU (1) mata pelajaran lain

ATAU

Lulus Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Pertanian, Institus Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) di dalam bidang yang berkenaan
dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian

ATAU

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga di dalam bidang yang berkenaan
dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian

ATAU

Mendapat Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di dalam bidang yang berkenaan

Senarai kursus

DH002 Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal)
Ditawarkan di PMKU

DH004 Diploma Pengurusan Pelancongan
Ditawarkan di PMKU

DP004 Diploma Pemasaran
Ditawarkan di POLIMAS, PTSB

DP005 Diploma Pengajian Perniagaan
Ditawarkan di PUO, PSA, PSP, PMM, PTSB

DP010 Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan
Ditawarkan di POLISAS, PMJB

DP011 Diploma Kewangan dan Perbankan Islam
Ditawarkan di PMJB

Syarat kelayakan kursus

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-

a. Lulus Bahasa Melayu
b. Lulus Bahasa Inggeris
c. Lulus Sejarah (SPM tahun 2013 dan ke atas)
d. Lulus Matematik
e. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran

ATAU

Lulus Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Pertanian, Institus Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) di dalam bidang yang berkenaan
dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian

ATAU

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga di dalam bidang yang berkenaan
dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian

ATAU

Mendapat Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di dalam bidang yang berkenaan

Senarai kursus

DF007 Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)
Ditawarkan di PUO

DP001 Diploma Akauntansi
Ditawarkan di PUO, POLISAS, POLIMAS, PPD, PKK, PSP, PSAS, PTSB

Syarat kelayakan kursus

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-

a. Lulus Bahasa Melayu
b. Lulus Bahasa Inggeris
c. Lulus Sejarah (SPM tahun 2013 dan ke atas)
d. Mendapat TIGA (3) kepujian bagi mata pelajaran termasuk;

  • Matematik
  • Mana-mana DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

ATAU

Lulus Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Pertanian, Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) di dalam bidang yang berkenaan
dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian dalam Matematik

ATAU

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga di dalam bidang yang berkenaan
dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian dalam Matematik

ATAU

Mendapat Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di dalam bidang yang berkenaan

CARA PERMOHONAN

Jika anda berminat untuk mengikut pengajian diploma separa masa ini, boleh KLIK DISINI dan buatlah permohonan. Semoga berjaya kami ucapkan!

Sumber – Afterschool.my/bm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE