Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Qobin Rakyat Malaysia Pertama Mendapat Gelaran ‘Grand Slam Explorer’

Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, 37, melakar sejarah baharu negara apabila menjadi rakyat Malaysia yang pertama berjaya muncul sebagai Penjelajah Grand Slam.

Dia berjaya menyelesaikan misi penjelajahan ke Titik Kosong Darjah Kutub Selatan menerusi Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) pada 28 Disember lalu.

Lebih mesra disapa Qobin, pengiktirafan sebagai Penjelajah Grand Slam diberikan apabila seseorang itu menamatkan siri pendakian di tujuh puncak tertinggi di tujuh benua di dunia, selain penjelajahan ke Kutub Utara dan Kutub Selatan.

Lulusan Diploma Kesihatan dan Kecergasan dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu turut dinobatkan sebagai warga Asia Tenggara kedua, umat Islam ketiga serta termuda di dunia selain 70 manusia dan penjelajah terawal yang menghabiskan ekspedisi itu.

QOBIN (kanan) bersama rakannya, Ahmad Reduan berjaya sampai di puncak Everest pada 16 Mei 2004.

Nama Qobin mula meniti di bibir masyarakat di negara ini selepas dia bersama rakannya, Ahmad Reduan Rozali berjaya menawan punca gunung tertinggi dunia iaitu Everest pada 16 Mei 2004 ketika mereka baru berusia 22 tahun dan masih menuntut di UiTM.

Kejayaannya itu menjadikannya sebagai pendaki termuda dari Asia Tenggara yang berjaya ke puncak Everest dengan ketinggian 8,848 meter dari aras laut.

Kesemua kejayaan yang dikecapi itu merupakan inspirasi yang diperoleh daripada kejayaan idolanya, mendiang Terry Fox.

FOX yang merupakan pelari maraton berkaki satu memberi inspirasi kepada Qobin untuk berusaha mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Fox seorang pelari dari Kanada yang kudung sebelah kaki akibat barah tulang masih mampu membuat larian bagi mengutip dana untuk pesakit kanser.

Walaupun Fox telah mati akibat kanser, yayasan yang dibangunkannya terus berkembang.

Qobin yang berasal dari Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur juga mahu mengikuti jejak langkah Fox dan mengutip dana bagi membina yayasan sukan bagi membantu melahirkan atlet. – Kosmo

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad