Kepada calon yang telah menduduki peperiksaan MUET sesi Julai, tarikh semakan akan diumumkan pada minggu pertama Oktober 2017.
Semakan keputusan boleh disemak secara online dan melalui SMS pada tarikh rasmi keputusan diumumkan. Buat mereka yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET di tahun 2017, sila rujuk jadual peperiksaan di Kalendar MUET.

Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan MUET Sesi Julai 2017 merangkumi tarikh, applikasi dan cara membuat semakan.
Tarikh : Minggu Pertama Oktober *akan dikemaskini
Masa : Bermula jam 10.00 pagi
*Semakan sesi julai tahun lepas

Semakan MUET melalui SMS
- Taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888
Caj penghantaran sebanyak RM0.15 akan dikenakan manakala caj penerimaan pula adalah sebanyak RM0.20 (Tidak termasuk GST). Perkhidmatan disediakan untuk penggunan Celcom, Maxis, Digi U Mobile dan Tune Talk.
atau
Semakan MUET online
- On-Line : www.mpm.edu.my
- Isikan No kad Pengenalan anda
Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET
Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu seperti panduan dan syarat berikut :-
- Caj rayuan semakan semula keputusan : RM70.00
- Tarikh tutup : Seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan
- Pemohon perlu mengisi Borang Rayuan Penyemakan Semula Keputusan (MUET/PS1)
- Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET).
Sumber – infopelajar


