Tergamam Melihat Sekumpulan Wartawan Jepun Mengutip Sampah di HKL

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Tergamam Melihat Sekumpulan Wartawan Jepun Mengutip Sampah di HKL

Semenjak kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam, sebilangan wartawan daripada media antarabangsa mula berkumpul di Hospital Kuala Lumpur di mana mayat mendiang dibedah siasat oleh pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan laporan terkini mengenai kes pembunuhan tersebut.

Media Jepun turut menghantarkan wakil mereka bagi membuat liputan kerana isu ini bergitu dekat dengan mereka memandangkan Korea Utara merupakan jiran negara matahari terbit itu.

(Media Berkumpul di HKL)

Video sekumpulan wartawan Jepun mengutip sampah di HKL mula viral di laman sosial apabila dikongsikan seorang wartawan Bernama, Amirul Sajadi yang sangat terkejut dan kagum dengan sikap mulia yang ditunjukkan mereka walaupun berada di bumi orang.

Amirul Sajadi menulis :

“Bukan kisah pembunuhan yang aku nak ceritakan tetapi gelagat media/orang Jepun yang benar-benar menyentap aku dengan displin mereka menjaga kebersihan walaupun bukan di negara sendiri.

“Biasalah kerja sebagai orang media ni, bila kau dapat suatu tugasan tu… Kau kena ‘berkampung’ sampai habis, even makan dan minum pun kau kena buat semuanya kat situ sebab takut terlepas berita…so sampah makanan dan minuman memang bersepah la.

“Dari 5 pagi hingga 2 pagi keesokkannya, media sentiasa menanti status mayat Kim Chol di Hospital Kuala Lumpur…bila hari makin lewat, ramai yang sudah beransur pulang untuk berehat, yela esok awal pagi nak kena ‘bertapa’ lagi depan bilik mayat.

“Selesai berkemas kelengkapan, aku perasan hanya kumpulan media Jepun je yang tidak terus pulang…mereka seperti mencari sesuatu dengan memegang plastik…lama aku perhatikan diorang, manalah tahu ada barang diorang yang hilang ke…tapi rupanya aku silap..diorang sebenarnya sedang kutip sampah di sekitar kawasan lepak media tadi.

“Segannya aku, yela orang luar yang tolong kutipkan sampah…dan yang buat aku lebih tergamam, semua sampah yang diorang kutip tu, diorang bawa naik teksi dan aku pun tak pasti kemana diorang bawa semua sampah tu pergi. Hebat sungguh displin diorang!

“Mati-mati aku ingatkan diorang hanya kumpulkan setempat agar esok senang pekerja pembersihan nak ambil…ala macam kita selalu buat tu..itu pun kalau kita rajin. Haha.

“Bukan aku nak puji melangit diorang ni, tetapi aku ‘salute’ sebab diorang masih amalkan budaya dan displin yang tinggi walaupun berada di negara asing.

“Mungkin kita, rakyat Malaysia boleh amalan cara diorang ni, jadikan ia contoh manalah tahu kita boleh jadi lebih baik dari Jepun dalam isu kebersihan kan..hehe.

Tambahan penulis lagi, tujuan status panjang itu ditulis bukannya berniat untuk menyindir media tempatan. Tegasnya, media tempatan turut membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan. Status ini ditulisnya dengan niat mengajak orang ramai agar mencontohi budaya orang Jepun ini supaya dapat bersama-sama memelihara kebersihan alam sekitar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE