Tip Penting yang Wajib Anda Tahu Sebelum Memilih IPTS

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Melanjutkan pengajian ke IPTS bukanlah penanda aras bahawa anda kurang pandai/hebat berbanding rakan-rakan anda yang ditawarkan ke IPTA. Tiada lagi istilah budak tidak pandai, gagal dalam UPU akibat persaingan yang tinggi dan sebagainya. Itu hanya pemikiran orang-orang Malaya dijaman(jawa) pra-kemerdekaan. Kerana di hujung hari nanti apa yang membeza anda dengan orang lain ialah pengalaman, gaya kerja, dan juga prestasi yang akan menjadi ukuran sampai bila-bila dan bukannya CGPA.

Ramai yang memilih IPTS kerana apa?

  • Kursus yang ditawarkan memenuhi keperluan industri semasa & akan datang
  • Kemudahan pembelajaran yang disediakan
  • Pendedahan secara langsung kepada industri berkaitan kursus yang diambil
  • Potensi yang tinggi untuk mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian
  • Memantapkan penguasaan bahasa inggeris
  • Peluang melanjutkan pengajian ke luar negara melalui Twinning Program dengan yuran yang murah

Yuran MAHAL, IPTS mahu kaut keuntungan sahaja? Itu juga cakap orang yang kurang cerdik. Tahukah anda bahawa yuran di UA itu sebahagiannya dibiayai oleh kerajaan? Jika tidak mendapat subsidi pendidikan jumlah kos pengajian untuk bidang yang ditawarkan adalah sama sahaja. Jadi tiada istilah IPTS hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata.

Sekiranya anda lebih memikirkan kos pengajian yang murah itu tanpa memikirkan potensi kursus yang diambil selepas menamatkan pengajian. Sila teruskan pengajian anda dan tamat pengajian, anda boleh menilai sendiri berbaloi atau sebaliknya. Cuma kami ingatkan, masa itu takkan boleh diputarkan semula. INGAT, kami tidak katakan semua kursus, jika anda ditawarkan kursus yang memenuhi industri semasa di UA, itu lebih baik, tetapi jika sebaliknya. Sila fikirkan semula.

TIP MEMILIH IPTS YANG TEPAT

Tidak dinafikan, ramai pelajar yang tertipu dengan agen dan sebagainya. Untuk memastikan anda tidak tersilap langkah, berikut adalah senarai semak yang wajib anda ketahui sebelum memilih IPTS manakah yang paling tepat :

  • IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi (semakan IPTS berdaftar terkini 2017 klik disini)
  • Kursus pengajian yang ditawarkan itu masih sah laku (Boleh rujuk dalam senarai di atas, senarai berwarna kuning akan tamat tempoh)
  • Kursus pengajian diakreditasi oleh MQA (panduan semakan MQA klik disini)
  • Struktur yuran diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi
  • Kemudahan dan infrastuktur yang lengkap dan bersesuaian
  • Kursus pengajian diiktiraf oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) (Semakan pengiktirafan JPA klik disini)
  • Disenaraikan dalam SETARA ’09 Rating (untuk IPTS bertaraf kolej universiti atau universiti) atau MyQuest (untuk kolej swasta) untuk nilai tahap kualiti universiti (Semakan SETARA
  • Rating rujuk portal rasmi universiti/kolej)

Semua saranan di atas adalah tips yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Jabatan Pengajian Tinggi juga menyarankan supaya pelajar meneliti perkara-perkara berikut untuk memilih IPTS yang paling sesuai:

Semak dan fahami terma dan syarat yang ditetapkan oleh IPTS berkenaan.
Melawat IPTS tersebut terlebih dahulu untuk melihat keadaan yang sebenarnya.
Hindari dari terpengaruh dengan macam-macam tawaran dan iklan-iklan yang disiarkan di akhbar (seperti pinjaman wang, wang saku, komputer riba percuma dan sebagainya).

Diharapkan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan anda daripada ditipu oleh mana-mana IPTS yang tidak bertanggungjawab. Selain itu juga, perkongsian ini juga dapat menghapuskan anggapan negatif anda terhadap IPTS. Apa yang kami hendak tegaskan adalah kursus yang diambil, pastikan berbaloi dengan pelaburan pendidikan yang dibuat. Semoga berjaya!

Sumber – afterschool.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

Graduan Celik Digital
UiTM di ❤ ku

Graduan Celik Digital

Bagi melahirkan graduan yang memenuhi kehendak industri, institusi pengajian tinggi (IPT) perlu melakukan perubahan terutama dalam menyediakan silibus dan kemahiran bersesuaian dengan transformasi era digital

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE