SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) terus mengorak langkah meletakkan namanya dalam peta pendidikan dunia apabila terbaharu menjalin kerjasama dengan Heriot-Watt University (HWU) dari United Kingdom dalam aspek perbankan Islam.
Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Hassan Said berkata, menerusi kerjasama tersebut, kedua-dua universiti akan membuat penyelidikan bersama dalam aspek perbankan Islam selain menjayakan proses pensyarah dan pelajar.
“Selain perbankan Islam, kita juga bekerjasama di dalam bidang Sains Aktuari dan Pengurusan Antarabangsa dengan HWU United Kingdom, HWU Dubai dan juga HWU Malaysia.
The One You've Been Waiting For : UiTM Long Sleeved Basic Tee Hoodie Series
For purchase visit : https://t.co/U7eS7fU4tu pic.twitter.com/D8cgnjQNoJ— Made in UiTM (@madeinuitm) December 9, 2017
“Kita berharap kerjasama ini akan lebih melonjak nama UiTM di persada antarabangsa khususnya di United Kingdom,” katanya ketika berucap sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UiTM dengan HWU United Kingdom.
Yang turut hadir Naib Canselor HWU, Prof. Richard William serta Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UiTM, Prof. Dr. Mohamad Kamal Harun.
Hassan dalam pada itu berkata, pihaknya memilih bekerjasama dengan HWU atas dasar universiti tersebut mempunyai kampus di tiga buah negara serta terletak di lokasi yang strategik.
“HWU juga adalah sebuah universiti yang diiktiraf Sunday Times Good University Guide 2018 dan berada di tangga 41 universiti terbaik dunia, seharusnya peluang ini tidak wajar kita lepaskan,” katanya. – UTUSAN ONLINE