Uitm FC Sasar Empat Kelompok Teratas Saingan Liga Perdana

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

uitm fc

SHAH ALAM – Pasukan UiTM FC mensasarkan untuk berada dalam kedudukan empat kelompok teratas saingan Liga Perdana dan melayakkan diri ke Piala Malaysia.

Tanggungjawab dan cabaran ini, kini terletak di bahu pengendali baharu, Wan Mustafa Wan Ismail.

Bagi Presidennya, Professor Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, pemilihan pengendali berusia 53 tahun itu tepat berdasarkan pengalaman luas dimilikinya. Jurulatih kelahiran Johor itu mengikat kontrak selama semusim bersama The Lions Troop.

Manakala, Ketua Jurulatih baharu, Wan Mustafa Wan Ismail menyifatkan sasaran yang diletakkan kepada pasukan sememangnya realistik. Namun bekas penolong jurulatih Perlis ini tetap mahu anak-anak buahnya meletakkan sasaran lebih tinggi.

Pengalaman yang dimilikinya ketika bersama skuad kebangsaan 2014 selaku pembantu kepada Dollah Salleh akan digunakan sebaik mungkin dalam membentuk corak permainan pasukan lebih mantap.

Kedua-duanya ditemui di Shah Alam selepas Majlis Pengenalan Pemain Skuad Liga Perdana dan Piala Presiden.

Selain diperkuatkan dengan mahasiswa, Skuad The Lion Troops ini bakal  diperkuatkan dengan empat pemain import.

Mereka adalah dua dari Nigeria, Onorido Koghobe pertahanan dan Akanni Sunday penyerang. Pemain tengah dari Ivory Coast, Dochi Marcel Un Guessan dan penyerang dari Korea Selatan, Do Dong Hyun.

Musim lalu UiTM FC dilatih Raja Isa Raja Akram Shah menamatkan saingan di kedudukan 10 liga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

UiTM di ❤ ku

5 Kaedah Membina Research Proposal

Penyelia research anda akan menggunakan research proposal untuk menilai kualiti dan keaslian idea-idea anda, kemahiran anda dalam pemikiran kritikal dan kemungkinan research paper anda. Berfikir dengan teliti tentang

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE