Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Uitm FC Sasar Empat Kelompok Teratas Saingan Liga Perdana

SHAH ALAM – Pasukan UiTM FC mensasarkan untuk berada dalam kedudukan empat kelompok teratas saingan Liga Perdana dan melayakkan diri ke Piala Malaysia.

Tanggungjawab dan cabaran ini, kini terletak di bahu pengendali baharu, Wan Mustafa Wan Ismail.

Bagi Presidennya, Professor Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, pemilihan pengendali berusia 53 tahun itu tepat berdasarkan pengalaman luas dimilikinya. Jurulatih kelahiran Johor itu mengikat kontrak selama semusim bersama The Lions Troop.

Manakala, Ketua Jurulatih baharu, Wan Mustafa Wan Ismail menyifatkan sasaran yang diletakkan kepada pasukan sememangnya realistik. Namun bekas penolong jurulatih Perlis ini tetap mahu anak-anak buahnya meletakkan sasaran lebih tinggi.

Pengalaman yang dimilikinya ketika bersama skuad kebangsaan 2014 selaku pembantu kepada Dollah Salleh akan digunakan sebaik mungkin dalam membentuk corak permainan pasukan lebih mantap.

Kedua-duanya ditemui di Shah Alam selepas Majlis Pengenalan Pemain Skuad Liga Perdana dan Piala Presiden.

Selain diperkuatkan dengan mahasiswa, Skuad The Lion Troops ini bakal  diperkuatkan dengan empat pemain import.

Mereka adalah dua dari Nigeria, Onorido Koghobe pertahanan dan Akanni Sunday penyerang. Pemain tengah dari Ivory Coast, Dochi Marcel Un Guessan dan penyerang dari Korea Selatan, Do Dong Hyun.

Musim lalu UiTM FC dilatih Raja Isa Raja Akram Shah menamatkan saingan di kedudukan 10 liga.

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad