UiTM Juara Phillip C. Jessup International Moot Court Competition, Bakal Mewakili Malaysia ke Washington D.C

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

UiTM Juara Jessup 2017 Bakal Mewakili Malaysia ke Washington D.C

KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekali lagi muncul juara dalam pertandingan debat antarabangsa (pusingan Malaysia), Phillip C. Jessup International Moot Court Competition selepas menundukkan pasukan tuan rumah, Universiti Malaya (UM) dan bakal mewakili Malaysia ke Washington D.C, United States of America pada bulan April.

Pasukan UiTM diwakili oleh pelajar-pelajar Fakulti Undang-undang UiTM, Izham Daim, Dinie Zaidi, Sumaeya Sofea, dan Syakira Azam yang mengunguli pusingan awal, mengejut ramai pihak apabila berjaya menundukkan pasukan dari Universiti Malaya di peringkat akhir sekali gus menjadi kemenangan ketiga buat pasukan dari UiTM dalam pertandingan tersebut semenjak tahun 2010.

Para pemenang membawa pulang piala pusingan, trofi juara, piala individu, wang tunai  dan sijil penghargaan dan bakal mewakili Malaysia bagi acara akhir Phillip C Jessup International Moot Court Competition yang akan disertai juara-juara peringkat kebangsaan seluruh dunia di Washington D.C.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga dimenangi pasukan dari Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang turut membawa pulang dan piala pusingan, trofi juara, piala individu, wang tunai  dan sijil penghargaan

Pertandingan debat berprestij ini berlangsung pada 18-19 Febuari 2017 dan disertai universiti-universiti terkemuka tanah air seperti Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan  dan banyak lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE