UiTM Tawan 60 Gunung Dapat Pengiktirafan

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

uitm tawan

SHAH ALAM: Program XPDC111116 Universiti Teknologi MARA(UiTM) : Pendakian 60 Puncak Gunung Sempena Sambutan 60 Tahun UiTM hari ini, mendapat pengiktirafan The Malaysia Book Of Records.

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said, berkata dengan pengiktirafan itu, ia menunjukkan warga UiTM terutama penuntutnya mampu mencapai segala matlamat yang diimpikan, selain membuktikan UiTM ‘boleh’ dalam segala hal.

“Ini bukan perkara baharu kerana pada 2011, kita juga berjaya mendapat pengiktirafan seperti hari ini selepas menawan 30 puncak gunung. Malah, 11 pelajar kita sudah berjaya menawan Gunung Everest.

“Jadi tidak sukar untuk kita lakukan. Apa yang penting selain kerjasama adalah persediaan mental, fizikal dan disiplin ketat peserta,” katanya pada sidang media selepas menerima sijil pengiktirafan berkenaan di sini, hari ini.

Seramai 1,500 pelajar dan kakitangan menyertai program yang diadakan serentak di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Aktiviti berkenaan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM, selain mendapat kerjasama penuh polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Persatuan Malim Gunung Malaysia.

Sementara itu, wakil The Malaysia Book Of Records, Nurasyikin Ramli, berkata pengiktirafan kali kedua itu diberikan selepas UiTM mampu melepasi sasaran yang ditetapkan.

“Selepas berjaya menawan 30 gunung (sebelum ini), kami sasarkan mereka akan mendaki kira-kira 36 gunung sekiranya mahu tersenarai dalam Malaysia Book Of Record, tetapi mereka mampu mengatasinya lebih dari jumlah ditetapkan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE