Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Konvo Kali ke-3 Lebih Bererti

Assalamualaikum wbt admin #madeinuitm

Permulaan hidup sebelum bergelar graduan uitm sangat penuh ujian dan dugaan. Dimulakan pada tahun 2006 result spm keluar dengan keputusan sangat tidak memberangsangkan. Lagi menyedihkan keluarga aku, aku merupakan produk MRSM ( MARA lagi )tapi result biasa2 sajohh. Penangan dari keputusan itu, aku seperti hilang minat untuk belajar lebih lagi waktu tu dah sedap keje part-time kat Secret Recipe.

Permohonan Matrikulasi gagal, UPU pun gagal. Hinggalah tanggal 15 june 2016. Mak aku meninggal. Ini menambahkan lagi perisa dan penyedap bagi aku tak nak sambung belajar sebab semangat utama aku dah tiada. Tapi berkat pujuk rayu dan sokongan family aku buat jugak rayuan uitm. Berkat pertolongan ayah kepada senior waktu di MRSM dulu rayuan aku diterima dengan kemasukan segera ke program Pra-Diploma Sains (PD-080). Memula memang pandang rendah sebab pra je kan. Then, pada Nov 2006 bila sampai kampus uitm Melang, N.Sembilan lagi bertambah down grade nya. Tapi orang kata, nak seribu daya tak nak seribu dalik, tak kenal maka tak cinta..(dah2 melalut)

Fine, aku teruskan juga. Tapi aku syukur kat kampus Melang, semua pensyarah dan rakan banyak bagi sokongan moral. Dengan itu aku pun cubalah belajar bersungguh-sungguh. Alhamdulillah program yang sepatutnya ditamatkan dalam masa setahun aku sudahkan dengan 6 bulan sahaja. Seperti permohonan pertama UPU aku yang gagal dan ditolak dulu aku tetap memohon program yang sama. Alhamdulillah kali ini berjaya.

Julai 2007, Diploma Mikrobiology.. SHAH ALAM aku datang. Waktu tu ingat lagi, pergi kelas baju masuk dalam .. euwww hahaha lawak nya zaman jahiliah. Hahahaha. Permulaan study dip agak baek sem 1 n 2 perform gak la.. tapi penghujung tak score. Dari sebolehnya cgpa 3.5 junam ke 3.30 .. haishh.. so Dis 2010 aku grad diploma mikrobiologi. Tu 1st konvo aku dan berlangsung di DSB je time tu and the best part is, konvo aku datang sorang without any family datang. Sedih tak?..tak yah cakap aku tengok orang kua dewan dapat peluk mak ayah dorang.. gilerr tak syahdu. Bergenang air mata but waktu ada kawan-kawan yang datang menghiburkan hati yang lara. Ingat lagi time tu mpp fakulti aku datang tau, Ainal Shafirul datang bawak bunga, thanks ainal. Heheheheh.

Then tahun 2010, aku sambung degree in molecular biology. This is the best time study eva penah aku rase. Sebab before this aku rase klo study je kena menghafal.. tapi tak time degree, aku lebih mudah faham dari hafal. Then bile ko faham xyah hafal sangat pun tak per janji ko pandai explain. But memula masuk degree culture shocked kekdahnye.. starting cgpa 3.27 je kot.. adoii.. 2 3 4 sem baru struggle balik. Ingat lagi teman tetap study group aku Syazwan Samsuddin. Die duk uma sewa but salu gigih datang kolej kediaman aku untuk study sekali. Ingat lagi by topic sorang-sorang explain. ALHAMDULILLAH sem 2 & 4 dean’s list… sem 3 cupil2 nak dean’s list. But Alhamdulillah batch kitorg agak perform time tu.. batch paling ramai so far yang amek degree biomole senior junior pun x seramai kami hehehe.. ok abis degree sebelum tunggu konvo end of 2012 which is my 2nd convocation, aku sambung buat master by research under my fav lecturer, Dr.Umi.. she’s graduated oxford ok.. again oxford.. n again master by research.. research ok ! Ahahahah dak2 research je paham perasaan itu.. ok let talk about my 2nd convo cation. Nov 2012. Alhamdulillah even xdpt 1st class degree.. dpt 2nd class upper cukup berharga even sakit gak hati.. 0.07 je nak dpt 1st class..who cares ade je 0.01 nk dpt 1st class tu lagi makan hati.. hahahaha.. daaa.. tapi kali ni best konvo kat DATC and kakak aku 2org dtg, abg ipar 1, anak buah sorang. So far kwn2 ramai datang meriah giler.. bunga hadiah banyak gilerr (riak- tak baik ngek). Tapi the best part yang mengajar aku erti hidup jadi matang is the way ujian dugaan etc untuk aku attend konvo kali ke3.

Starting september 2012 aku reg master. Hujung tahun tu konvo degree dlu. elok je few days before nk konvo aku kena DRP – defense research proposal tuk master project aku. Alhamdulillah nasib baik lepas weh. Memang partyyyyy habis time konvo. Start masuk early 2013 hameekk kot. Baru tahu research tu apa. nak buat labworks order barang sendiri, turun naik pejabat bendahari tuk clear kan payment. Payment x setel, supplier tak hantar barang. Labworks.. bukan sekali buat terus Jadi. Klo jadi pun nak atleast 3 reading baru boleh optimize. Haa ko rase? Tak gugur rambut aku piki semua benda dan benda2 semua ni makan masa kot. Order barang 4 bulan baru sampai.hantar service product 5 bulan baru dapat result. Haa ko rase?  x sakit nyawa aku. Dan untuk makluman korang project aku berkenaan proteomics n microbiology klo korang tak tahu google la malas nak explain. Aku pun tak tahu padahal time study proteomics aku biasa2 je. Maybe sebab Dr.Umi aku pun terpengaruh nak buat proteomics haahhaa.

Kehidupan dak master x se’best yang disangkakan ye.. starting time ade duit memang sedap la makan kedai hipster sume time takde duit.. air mineral je lah ko minum.

Buat labworks sampai memalam. Lab assistance teman sampai malam. Ohmy.. gile la life time tu. Balik je uma sewa mmg terus tido penat gile.sok pagi2 before 8am masuk lab balik. time buat labworks berebut lab ngn dak2 undergrad lagi.. stress bingaiiii!!. Tu yang kadang2 terkeluar gak kate2 makian dari mulut aku.. adoii sorry adek2 undergrad abang x sengaja. penghujung 2015 time tu aku nye labworks almost done n aku focus writing thesis. Tang ni mmg aku betul2 diuji.

Seperti ungkapan syafiq aizat dalam novel fixi beliau, AWAN – kalau tak ada gelap, macam mane nak nampak bintang. Aku memang relate kan dengan kehidupan aku. Kalau kita x diuji dengan ujian Allah, yang dimana Allah tak kan uji hambaNya diluar kemampuan kita.. which is aku assume as kegelapan kita tak dapat kecapi nikmat kejayaan which is nampak bintang.

Korang paham tak? Yela 2015 by the time aku ngah hectic life aku terpaksa stop focus on my writing sebab ayah aku sakit nak kena operate than nak kena jaga ayah aku lagi. Memang time tu aku rase dah nak give up abis. Kadang2 call Dr.Umi nangis… (tak maluuu) Sebab stress tahap2 maksima. Tapi Allah tu tahu, kadang Dia uji kita tapi dalam masa yang sama dia bagi rezeki dari segi yang berbeza-beza. Which is bg aku time tu lah Allah hadirkan aku kawan2 yg rapat sangat and they non-stop bg aku moral support n salu buat aku happy. Aku pun x tahu camne tapi chemistry among aku ngn dorang sangat lain rasenya. padahal kitorg lain2 umur, lain2 program, lain2 fakulti. tulah bak kate satu ayat ni, chemistry belum belajar, tapi kita dah faham. Aku syukur sgt2 Allah hadir kan kwn2 yg cukup indah n kdg2 aku terus tak piki yang aku ade masalah. Dan dorang ni jugak la yg banyak bg neshat pandangan, masa dan ruang tuk aku luah masalah. Yelah masalah pendam boleh biol weh!!..Tak cukup ujian pasal ayah aku.. kakak aku pun sakit jugak. And fyi aku anak bongsu lelaki yang masih tak kawen so tanggungjawab terhadap keluarga aku rase memang wajar diletakkan di atas bahu aku even kadang2 aku piki benda ni aku boleh jadi gileee.. ahaha ok tipu tapi stress la.. tapi ALHAMDULILLAH ujian Allah aku rempuh gak la walaupun sakit ..hehehe. end of Disember 2016, aku submit hardbound thesis MSc aku kt ipsis then jan 2017 surat senat kuar. alhamdulillah siap tertera April 2017 konvo. Weeeeeeeeeee!!!

 

Konvo kali ke3 aku wehh!!!

Jubah ade 2 calit tau !! *riak lagi

 

istiadat konvokesyen ke 86, 16 April 2017, Sidang 2, Sesi pagi.

Tepat 12pm kua2 dewan  Ya Allah. Ramainya kwn2 dtg weh.. sumpah aku nak nangis tapi aku tahan je.. Actually dalam dewan aku da sebak gile because sepanjang arwah mak aku hidup die xpernah dapat tgk anak bongsu die ni berjaya. Even b4 die pergi result spm aku teruk kot. Tp skang anak bongsu dia da ada sarjana sains (penyelidikan) tau. Even mak dah tade tapi aku tahu kat atas sana mesti die tersenyum riang tengok anak die skang master holder. Moga2 lepas ni ade plak la rezeki tuk sambung Phd n sarung jubah 3 calit. Ameen.

 

 

P/s : sorry admin klo banyak typo n byk shortform saje suke nak kongsi cerita 🙂

 

 

Mohamad Shamil Anwar bin Ibrahim

Sarjana Sains ( Penyelidikan )

AS 780 – Fakulti Sains Gunaan

ISTIADAT KONVOKESYEN KE86

SIDANG2 / 16 APRIL 2017

========================================================================

Anda ada cerita UiTM yang ingin dikongsikan ?

Hantar Story UiTM anda ke salam@madeinuitm.com

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad