Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

6 Cara Memusnahkan Masa Depan Anda

Perkara terbaik tentang universiti adalah tidak akan ada sesiapa pun yang akan menentukan atau menghalang apa yang anda sepatutnya lakukan. Segala-galanya adalah mengikut budi bicara anda sendiri, dan tidak ada guru disiplin berdekatan untuk memantau anda seperti di sekolah menengah.

Ianya sangat menarik  untuk memulakan bab yang baru dalam hidup anda, akan tetapi,  anda perlu berhati-hati terhadap kebebasan ini.

Kolej adalah tempat di mana kehidupan anda boleh menjadi lebih buruk dari sedia kala. Kebebasan yang ada di tangan anda boleh menjadi bom masa yang berdetik jika anda tidak mampu menguruskannya dengan betul.

Harga yang tepaksa anda bayar? Masa depan anda

Tidak mahu jatuh ke dasar perigi tersebut? Berikut adalah 6 perkara yang HARUS anda hindari.

1. Selalu Ponteng Kelas

Tidur lewat malam sebab layan movie atau bersembang bersama kawan-kawan? Pensyarah yang membosankan? Atau salah satu hari di mana anda tidak merasa bersemangat untuk ke kelas? Bukankah sesuatu bagus bahawa anda boleh membuat keputusan sendiri sama ada untuk pergi ke kelas atau tidak?

Tetapi jangan lupa – setiap kelas yang anda putuskan untuk menjadi ponteng bermakna anda ketinggalan selangkah di belakang rakan-rakan anda. Oleh itu anda akan berasa lebih malas untuk ke kelas-kelas yang seterusnya kerana di dorong rasa ketinggalan dalam sesuatu mata pelajaran itu. Apa yang pasti, pensyarah tidak akan sama sekali menawar servis breastfeed seperti mana yang dilakukan cikgu-cikgu sekolah dahulu. Kalau anda terlepas satu bab, pandai-pandai nak catch up sendiri. Selalunya pelajar akan rasa lebih malas untuk berbuat demikian. 

Akhirnya, anda akan gagal mata pelajaran, atau paling teruk – berhenti dari kolej.

Nasihat KamiJangan ponteng kelas melainkan jika anda benar-benar perlu. Ingatlah bahawa gaji permulaan untuk graduan selalunya lebih tinggi berbanding mereka yang tidak punyai ijazah.

2. Hidup melebihi kemampuan anda

Sukar untuk terlebih belanja sewaktu di sekolah menengah. Lagipun, makcik kantin mungkin satu-satunya pilihan yang anda ada waktu itu.

Tetapi di kolej, pilihannya tidak berkesudahan. Dengan Starbucks, kafe-kafe hipstiak (loghat Kedah bagi perkataan ‘hipster’) yang bergaya dan pelbagai pilihan hidangan makanan dan pencuci mulut di dalam dan di luar kampus universiti anda, mudah untuk terbelanjakan lebih daripada bajet belanjawan harian anda, itu tidak kira lagi semua perbelanjaan hiburan yang lain.

Tabiat hidup diluar kemampuan anda ini adalah salah satu daripada tabiat terburuk yang wujud dikalangan pelajar, dan jika anda membawanya sehingga ke dewasa, anda mungkin akan menjadi individu yang sentiasa membeli barangan mahal atau beg tangan berjenama yang berada diluar kemampuan anda, mengambil pinjaman peribadi dan hutang kad kredit melampau untuk membiayai tabiat yang dahsyat ini.

Nasihat KamiRancang belanjawan dan berpegang kepadanya. Ini akan memudahkan anda untuk mengatakan tidak jika rakan anda mengajak anda melakukan perkara-perkara yang diluar anggaran bajet anda.

3. Bercinta

Jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat bertemu dengan cinta sehidup semati anda sewaktu di kolej dan segala-galanya pasti sangat indah dan sempurna mcm dalam drama TV3. Tetapi jika anda tidak belajar untuk mengimbangi hidup anda dengan betul, kehidupan yang sempurna ini bakal mengorbankan masa depan anda.

Menghabiskan masa terlalu banyak pada aktiviti-aktiviti percintaan anda seperti menonton wayang, ‘bersweet-sweet’ di kafe kolej bermakna anda mempunyai masa yang kurang untuk belajar dan menyelesaikan tugasan dan assignment anda. Dan akibatnya? Gred anda merosot. Jangan cakap gred, bilangan duit di dalam dompet juga turut merosot. #fakta

Nasihat Kami : Daripada pergi ke pawagam dan bersantai di kafe, dating sambil ulangkaji di perpustakaan kolej dengan kesayangan anda. Dengan cara itu, anda boleh menyelam sambil minum air – belajar DAN menghabiskan masa bersama! Kalau pasangan anda malas? Tinggalkan saja dia!

4. Memandu secara sembrono

Saya masih ingat apabila saya mula-mula mendapat lesen memandu. Ianya sangat menyeronokkan apabila mempunyai kebebasan untuk memandu sendiri kerana anda tidak lagi perlu mengambil bas, LRT, ataupun bergantung kepada ibu bapa.

Tetapi memandu adalah perkara yang serius. Ia boleh menjadi seronok untuk berada di belakang roda pada mulanya, tetapi jangan pula anda mengajak rakan anda berlumba dengan anda atau lebih teruk lagi WhatsApp semasa memandu.

Perkara terakhir yang anda mahukan ialah terlibat dalam kemalangan dan kehilangan nyawa. Hati setiap ibu pasti tidak akan dapat sembuh dari kesakitan dan kesedihan semacam itu.

Sentiasa memandu dengan penuh rasa tanggungjawab di jalan raya. Kerana walaupun anda tak sayangkan nyawa anda, ibu bapa serta adik-beradik pasti sayangkan anda.

5. Terperangkap dengan najis dadah

Ini adalah perkara yang serius. Anda tidak boleh mencuba dadah tidak kira apa yang dikatakan oleh rakan anda. Ini adalah masa dalam kehidupan di mana anda boleh dengan mudah dipengaruhi dadah, dan jika rakan anda pernah menawarkan atau menjemput anda mencuba dadah, JANGAN LAKUKAN!

Ianya sangatlah tidak cool untuk mencuba dadah mahupun sekadar mencuba. Ia tidak meningkatkan status sosial anda di kolej, jauh sekali, kelihatan hebat dikalangan rakan-rakan.

Sebaliknya, anda boleh menjadi ketagih dan menjadi penagih dadah. Setelah itu berlaku, hidup anda akan berubah menjadi lingkaran masalah yang tidak pernah berakhir. Anda akan mempunyai masa yang sukar untuk membuang tabiat ini, dibelengu hutang dan mungkin boleh berakhir di penjara, atau lebih buruk –  hukuman mati!

6. Bersuka-ria

Kehidupan sosial di kolej adalah penting, dan ianya adalah sesuatu yang hebat untuk melepaskan diri anda daripada segala tekanan di kolej.

Rakan-rakan pasti akan mengajak anda melepak setiap hujung minggu. Anda menghabiskan banyak masa dan tenaga anda sehinggakan anda tidak masa untuk tugas yang paling penting – belajar.

Setiap perkara ada hadnya, jadi jangan biarkan aktiviti suka-ria anda menggantikan keutamaan anda ke atas pelajaran. Kolej adalah salah satu masa terhebat dalam hidup anda, tetapi ia juga merupakan masa yang paling penting dalam hidup anda. Jangan rosakkan

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad