Permohonan kemasukan ke Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA di seluruh Malaysia kini dibuka sehingga 31 Disember 2017 bagi sesi kemasukan Januari 2018.
Kepada yang berminat untuk menyertai kursus bidang kemahiran di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) bolehlah memohon sebelum tarikh tutup permohonan.
Permohonan Pusat Kemahiran GIATMARA
Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.
Tarikh Permohonan Ditutup : 31 Disember 2017
Syarat Kemasukan Pusat GIATMARA
- Bumiputera
- Berumur minima 15 tahun
- Boleh Membaca, Menulis dan Minat (3M)
- Sihat tubuh badan
- Tamat tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawaian Elektrik & Penjaga
- Elektrik
- Cara Membuat Permohonan
- Terdapat dua pilihan program di GIATMARA iaitu Sepenuh Masa dan Separuh Masa.
Program Sepenuh Masa
Untuk Permohonan Kemasukan Baru GIATMARA 2018 melalui Online, ianya hanya untuk pemohon program latihan secara SEPENUH MASA (full time).
Sila layari website berikut untuk mengisi borang permohonan anda: http://giatmara.edu.my/language/ms/permohonan-online/
The One You've Been Waiting For : UiTM Long Sleeved Basic Tee Hoodie Series
For purchase visit : https://t.co/U7eS7fU4tu pic.twitter.com/D8cgnjQNoJ— Made in UiTM (@madeinuitm) December 9, 2017
Program Separuh Masa
Bagi yang berminat dengan program latihan secara SEPARUH MASA (part time), sila dapatkan di sini borang manual di pautan dibawah dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.
Borang Permohonan Program Separuh Masa
Jurusan Kursus Yang Ditawarkan
Kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti berikut :
- Kursus Kluster Komputer Dan Networking Technology
- Kluster Elektrikal (KEL)
- Kluster Elektronik Mekatronik
- Kursus Kluster Fabrik
- Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
- Kluster Hospitaliti
- Kursus Kluster Kulinari
- Kursus Kluster Mekanikal
- Kluster Pembuatan
- Kursus Kluster Pengangkutan
- Kursus Kluster Percetakan
- Kluster Senibina
- Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :
Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA Malaysia
Tingkat 4 Bangunan Medan MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
Telefon : 03 2691 5111 sambungan 3402
Fax : 03 2691 0249
e-mail : pel@giatmara.edu.my
Selamat membuat Permohonan Kemasukan GIATMARA dan semoga anda berjaya. Kongsikan jika maklumat ini berguna kepada anda dan rakan-rakan.
– Info Pelajar
The One You've Been Waiting For : UiTM Long Sleeved Basic Tee Hoodie Series
For purchase visit : https://t.co/U7eS7fU4tu pic.twitter.com/D8cgnjQNoJ— Made in UiTM (@madeinuitm) December 9, 2017