Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Perkhidmatan Kesihatan Malaysia Ketiga Terbaik di Dunia

Perkhidmatan Kesihatan Malaysia Ketiga Terbaik di Dunia

Perkhidmatan Kesihatan Malaysia ketiga terbaik

Perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan di Malaysia diiktiraf sebagai ketiga terbaik di dunia oleh Majalah International Living, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata, pengiktirafan itu diberikan mengikut faktor capaian perkhidmatan kesihatan yang diberi kepada pesakit di setiap pelosok daerah di Malaysia.

Tabah beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan pelbagai program bagi memastikan penduduk-penduduk di luar bandar, terutamanya di kawansan pendalaman tidak terkecuali daripada menerima perkhidmatan kesihatan yang disediakan kerajaan

“Perkhidmatan kita ada di mana-mana…kita ada Klinik 1Malaysia, Klinik Desa dan lebih 200 klinik bergerak di seluruh negara.

“Tempat yang tiada jalan, kita sediakan bot klinik, kita ada perkhidmatan helikopter. Kita usaha agar perkhidmatan kita untuk merawat pesakit itu sampai kesemua tempat dalam negara ini,” katanya.

Dr Hilmi berkata selain menambah kakitangan kesihatan di negara ini, Kementerian Kesihatan turut sedia menambah Klinik 1Malaysia atau klinik bergerak bagi melonjakkan lagi prestasi perkhidmatan kepada rakyat.

Perkhidmatan Kesihatan Malaysia ketiga terbaik(Sumber – Bernama)

Perkhidmatan Kesihatan Malaysia ketiga terbaik(Sumber – Twitter)

Walaupun banyak menerima kritikan daripada netizen, Perkhidmatan Kesihatan Malaysia telah berjaya buktikan bahawa servis yang mereka berikan adalah antara yang terbaik di dunia. Tahniah diucapkan!

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad