Pelajar Malaysia Cemerlang di Universiti Al-Azhar

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Al Azhar Conference Centre (ACC), Madinat Nasr, Kaherah: Pelajar Malaysia, Ahmad Fadhil bin Nor Rozaman daripada Fakulti Ulum Islamiah merupakan satu-satunya pelajar asing yang dipilih sebagai penerima anugerah pelajar terbaik dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Terbaik setiap fakulti di Universiti Al Azhar sesi 2016/2017. Beliau mendapat keputusan Mumtaz Ma’a Martabat alSyaraf (Kelas Pertama).

Majlis tersebut dirasmikan oleh alImam alAkbar Syeikhul Azhar AsSyarif, Prof. Dr. Ahmad Muhammad Toyyib serta timbalannya, Prof. Dr. Abbas Shouman dan juga Presiden Universiti alAzhar, Prof. Dr. Muhammad Husain AlMahrasowi. Turut memeriahkan majlis ialah para dekan fakulti, para pensyarah, ahli akademik, pihak media serta ahli keluarga graduan hadir bagi meraikan kejayaan anak-anak.

Setiap penerima anugerah menerima sijil penghargaan daripada Fadhilatul Imam Al -Akbar, senaskhah alQuran, beberapa buah buku dan wang tunai. Pihak EME merakamkan setinggi penghargaan kepada Sdr Ahmad Fadhil dan kita sangat berbangga atas pencapaian beliau. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada para pelajar yang lain untuk meraih kecemerlangan dalam bidang akademik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad