DR Jezamine Lim, isteri kepada pelakon, pengacara dan pelawak Harith Iskander, telah menjadi wanita pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menerima PhD dalam Kejuruteraan Tisu dan Sel Stem, melaporkan Metro Ahad.
Beliau menerima ijazah kedoktoran itu semasa majlis konvokesyen ke-45 UKM. Menurut catatan rekod oleh UKM, Jezamine adalah wanita pertama di UKM untuk menerima PhD dalam sejarah program tersebut.
“Kejayaan ini adalah hasil daripada dorongan daripada pensyarah dan suami saya. Saya rasa tanpa mereka, mungkin sukar bagi saya untuk mencapai semua ini, “katanya.
“Saya juga mempunyai dua pensyarah penyelia yang sangat baik dan selalu membimbing saya setiap kali saya menghadapi masalah terutama dalam bidang akademik,” kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.
Harith juga turut memberi penghormatan kepada perjalanan PhD isterinya di laman Instagramnya.
“Sepanjang perjalanan ini, beliau mempunyai tiga orang cahaya mata yang cantik, menghasilkan dua festival komedi antarabangsa dan membimbing seorang pelawak Malaysia (iaitu saya) untuk menjadi ‘Laugh Factory’s Funniest Person In The World’.
“Hari ini, beliau menjadi wanita pertama memegang PhD dalam bidang kejuruteraan tisu. Saya berasa sangat bangga dengan pencapaiannya – beliau adalah contoh yang menunjukkan bahawa anda boleh mencapai apa sahaja yang anda idam-idamkan. ”






