Senarai Hitam 433,000 Peminjam Pinjaman PTPTN Yang Ditarik Pada 15 Jun

PUTRAJAYA: Kira-kira 433,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen melalui proses pemutihan secara berperingkat dari 24 Mei lalu hingga 15 Jun ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata PTPTN menyenarai hitam seramai satu juta peminjam dan kira-kira 655,000 daripadanya sudah membuat pembayaran membabitkan kutipan berjumlah kira-kira RM1.9 bilion dan keluar dari senarai hitam Jabatan Imigresen.

“Selebihnya kira-kira 433,000 lagi sedang diputihkan secara berperingkat dalam tempoh 24 Mei lalu hingga 15 Jun ini.

“Kita sudah berjanji mahu mengeluarkan semua peminjam daripada senarai hitam Jabatan Imigresen. Perbincangan sudah dijalankan dengan pihak yang terbabit dan pemutihan daripada senarai hitam sedang dilaksanakan di mana semua urusan berkaitan dijangka dapat diselesaikan sebelum pertengahan Jun ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, tambah beliau, kementerian memerlukan sedikit masa lagi bagi mencari mekanisme terbaik berhubung penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang daripada RM4,000.

Menurutnya, buat masa ini Kementerian Pendidikan menubuhkan satu kumpulan untuk mengkaji dengan lebih teliti cara terbaik supaya janji itu dapat dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan tidak menggadaikan kepentingan rakyat.

“Jadi, buat masa ini, kita harap peminjam PTPTN dapat terus membayar hutang mereka dan bersabar kerana membayar hutang ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab moral kita. Berkaitan penangguhan bagi mereka yang bergaji kurang daripada RM4,000 itu, berikan kami waktu untuk buat kajian dan perincian.

“Kita sedia maklum minggu lalu, Menteri Kewangan mendedahkan angka yang agak mengejutkan, dan semalam dalam mesyuarat Jemaah Menteri, dibincangkan perlunya kerajaan PH berhemah dalam perbelanjaan demi mengutamakan kepentingan rakyat dengan tidak menggadaikan janji yang dibuat,” katanya.

Dalam pada itu, kata beliau, berhubung peminjam yang tersenarai dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), ia masih kekal.

“Mereka yang tamat pengajian selepas 12 bulan, pada bulan ke-13 nama akan dimasukkan dalam CCRIS. Jadi, mereka boleh datang jumpa kita (PTPTN) untuk buat penyusunan semula pinjaman, contohnya jika tidak mampu bayar ansuran bulan RM100, boleh bincang untuk kurangkan manakala bagi yang bergaji kurang daripada RM4,000 ia masih dalam kajian.

“Selain itu, insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN, iaitu diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman; diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya separuh daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji mengikut jadual bayaran balik ditetapkan masih diteruskan,” katanya.

Berita Harian

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

connect with UiTM students from all over the world.

Made With

Passion.

Contact Us

For any enquiries 

We’re currently in look of a few new content writers – If you’re a passionate worker and think you have what it takes, send your work to writers@madeinuitm.com

Copyright © 2019 Made In UITM. All Rights Reserved | Powered by Nickel & Dime