UITM terus gah selepas 60 tahun

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

UITM terus gah selepas 60 tahun
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Professor Emeritus Dr. Hassan

Bermula sebagai Dewan Latehan RIDA dengan 50 pelajar dalam ambilan pertama 60 tahun lalu, kini Universiti Teknologi MARA (UITM) muncul antara institusi terbaik negara ini yang menawarkan 500 program peringkat asasi hingga pascasiswazah dan menempatkan 168,000 pelajar bumiputera serta antarabangsa.

Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said, berkata walaupun menempuh banyak cabaran untuk meraih pencapaian kini, UITM terbukti memberi sumbangan besar kepada negara, terutama pembangunan bumiputera dalam pelbagai bidang.

Pada usia 60 tahun, beliau berharap persepsi masyarakat dan pemegang taruh lebih positif terhadap institusi yang banyak berjasa berdasarkan sumbangan, kualiti serta kebolehpasaran graduannya itu.

“Kini, UITM mempunyai reputasi tersendiri dengan menerima pelbagai pengiktirafan tetapi kita mahu tampil lebih menonjol bukan hanya di dalam negara, malah bersaing pada peringkat antarabangsa.

Perkasa sosioekonomi

“Kita berada dalam kelompok 200 terbaik Asia dan 700 terbaik dunia, iaitu pencapaian penarafan yang bukan mudah diraih apabila mengambil kira kapasti universiti ini yang sangat besar, terutama apabila membabitkan pengurusan sumber kewangan.

“Saiz institusi yang besar memerlukan bajet besar, justeru kita perlu memikirkan penjanaan sumber lain bagi mencapai kemampanan dana untuk kelangsungan UITM dengan mengatur pelbagai aktiviti yang mendatangkan pulangan tetapi semua ini memerlukan masa,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Prof Emeritus Hassan berkata, selain memberi fokus kepada kecemerlangan institusi,

UITM juga bertindak sebagai pengimbang pembabitan bumiputera dalam pelbagai bidang di negara ini.

Melangkah ke depan, beliau berkata, peranan membangunkan sosioekonomi bumiputera bukan hanya perlu diteruskan, malah diperkasakan lagi dan

UITM sememangnya agresif dalam usaha itu.

Pembelajaran fleksibel

“Kita mempunyai jaringan baik untuk menjayakan usaha ini dengan pelbagai pihak, termasuk industri dan alumni yang kini mencecah lebih 660,000 orang. Ini penting supaya mereka memahami inisiatif yang kita lakukan.

“Banyak negara lain juga menjalankan intervensi sebegini di institusi pendidikan tinggi mereka seperti di China, New Zealand dan Amerika Syarikat. Namun, saya yakin di UITM, paling berkesan dan memberi hasil yang baik,” katanya.

Bagi menghadapi persaingan sengit dalam era serba mencabar kini, Prof Emeritus Hassan berkata, pihaknya giat mengusahakan konsep pembelajaran fleksibel yang memungkinkan diversiti dan kemahiran multidisiplin.

Beliau berkata, pendekatan itu penting kerana kemahiran demikian amat diperlukan sekarang, justeru selain berusaha keras mengoptimumkan bakat pelajar cemerlang, UITM juga gigih membantu pelajar kurang cemerlang untuk mencapai tahap maksimum mereka.

Transformasi minda

“Kita tidak terlalu fokus bagaimana pelajar masuk ke UITM biarpun saya tahu 60 peratus daripada mereka memasuki UITM dengan keputusan yang baik tetapi lebih penting ialah mereka keluar sebagai graduan cemerlang, justeru prosesnya perlu betul.

“Fakulti yang mencapai tahap cemerlang seperti Fakulti Perakaunan dan Fakulti Undang-undang yang sudah melahirkan ramai profesional, begitu juga dengan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka akan terus diperkasakan, manakala yang berusaha ke arah itu akan diberi galakan sewajarnya.

“Bagi mentransformasi minda pelajar supaya lebih terbuka, kami mewujudkan program secara tidak rasmi dan mobiliti dengan penyertaan mereka dalam latihan industri serta pertukaran pelajar di luar negara,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE