Wakil Universiti Teknologi MARA (UiTM) muncul johan Pertandingan Debat Terbuka ASTAR 2017 pada pertandingan akhir yang berlangsung semalam setelah berjaya menundukkan wakil tuan rumah, Universiti Malaya (UM) di pusingan akhir dalam usul yang bertajuk “Dalam Mencapai TN50 Kekuatan Ekonomi adalah Kuncinya”
Ini merupakan satu kejayaan yang simbolik dan membangga buat seluruh warga Universiti Teknologi Mara seluruh negara. Pertandingan debat Bahasa Melayu secara tahunan kali ke-20 anjuran Universiti Malaya, bermatlamat menyediakan platform kepada mahasiswa melontarkan idea, mendedahkan mereka dengan isu pendidikan negara dan menggalakkan keyakinan peserta.
Ianya adalah sebuah pertandingan ilmiah yang sihat dengan penerapan nilai-nilai bahasa kebangsaan. Ia juga adalah tempat yang menjadi wadah untuk memperjuangkan sesuatu isu demi kelangsungan negara.
Debat Terbuka ASTAR kini telah menjadi medan pertembungan debat antara pendebat-pendebat muda daripada IPTA, IPTS, IPGM, kolej-kolej, politeknik dari seluruh Malaysia.
Hadiah disampaikan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.