Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Universiti Teknologi MARA (UiTM) tawarkan pelbagai program pengajian pascasiswazah secara sepenuh masa atau separuh masa.

ASPIRASI kerajaan untuk mewujudkan sistem pendidikan tinggi terbaik yang membolehkan Malaysia bersaing dalam ekonomi dunia disahut oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai salah satu institusi pengajian tinggi awam yang terbesar di negara ini.

Selaras dengan perkemba­ngan itu, UiTM sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidi­kannya selain tidak ketinggalan memberi peluang kepada pelajar-pelajar bumiputera untuk me­nyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Usaha itu dilakukan melalui Institut Pengajian Siswazah (IPSiS) yang telah ditubuhkan sejak tahun 1997. Dengan IPSiS, UiTM sentiasa berusaha mengembang dan memper­kasakan program pengajian tinggi di peringkat Ijazah Sarjana dan PhD bagi menyediakan peluang pendidikan tinggi selaras dengan lonjakan pem­belajaran sepanjang hayat.

UiTM menyediakan pelbagai program pengajian pascasiswazah melalui mod penyelidikan, kerja kursus dan mod campuran sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa.

Universiti itu juga sentiasa menitikberatkan kecemerlangan akademik dengan memperkenalkan program-program penyelidikan pelbagai disiplin dan membuka peluang kerjasama dengan industri sebagai usaha untuk menghasilkan siswazah berkemahiran tinggi.

Buat masa ini, UiTM menawarkan 156 program peringkat sarjana dan 55 program di peringkat PhD. Program-program itu meliputi bidang Sains dan Teknologi, Sains Sosial dan Kemanusiaan serta Pengurusan dan Perniagaan.

Untuk ketahui lebih mengenai program mengenai program pascasiswazah UiTM (Klik Sini)

Bagi tahun 2018, beberapa fakulti akan menawarkan program-program baharu selaras dengan perkembangan dan ke­perluan semasa. Antara program baharu yang bakal ditawarkan ialah program Sarjana Pengurusan Sumber Manusia di Fakulti Pengurusan Perniagaan, Sarjana Sains Kejuruteraan Frekuensi Radio di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Sarjana Sains Kejuruteraan Mekanikal di Fakulti Kejurute­raan Mekanikal serta Sarjana Ke­wartawanan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.

Selain itu, terdapat juga program-program baharu di Fakulti Sains Komputer dan Matematik dalam memberi pilihan kepada pelajar seperti Sarjana Sains Komputer (Teknologi Web), Sarjana Sistem Maklumat (Sistem Pintar), Sarjana Sains Sistem Maklumat Strategik dengan Pengurusan Perniagaan dan Sarjana Sains Data.

Ketika ini, UiTM mempu­nyai kira-kira 8,000 orang pelajar pascasiswazah dan bilangan itu akan meningkat memandangkan UiTM telah mensasarkan seramai 20,000 orang pelajar pascasiswazah pada tahun 2020.

Oleh itu, UiTM mempelawa calon-calon Bumiputera untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan PhD bagi kemasukan sesi Mac 2018.

Sumber – Pressreader

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad