Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Wajah Pemegang Rekod Remaja Paling Berbulu Kini ‘Bersih’

REMAJA Thailand Supatra ‘Natty’ Susuphan sebelum ini dinamakan sebagai remaja paling berbulu di dunia oleh Guinness World Records pada 2010.

Namun, dia mengejutkan media tempatan dengan gambar terbaru dirinya minggu ini yang menunjukkan dia tidak lagi berbulu, keadaan yang mempopularkan dirinya sebelum ini.

Natty mengalami keadaan genetik luar biasa yang menyebabkan pertumbuhan bulu berlebihan dikenali sebagai Sindrom Ambras atau ‘Werewolf Syndrome’ yang hanya diketahui dihidapi oleh 50 orang.

Dia menerima rawatan laser ketika masih kanak-kanak, tetapi proses itu tidak berjaya dan bulunya terus tumbuh.

Bapanya, Samrerng mendedahkan kepada media bagaimana wajah Natty, 17, tidak lagi berbulu.

Katanya, penawar kepada sindrom itu masih belum diperolehi, tetapi ia bulu-bulu dibuang dengan hanya mencukurnya, lapor Morning News.

Profil Facebook Natty yang terbuka kepada umum menunjukkan bahawa dia telah berkahwin dan lamannya dipenuhi dengan gambar bersama pasangan selain posting kata-kata cinta.

Walaupun berdepan cabaran, termasuk dibuli ketika zaman kanak-kanak, Natty sentiasa dikenali kerana sikap positifnya.

Dia sebelum ini memberitahu Guinness World Records: “Saya tak rasa berbeza dengan orang lain dan saya mempunyai ramai kawan di sekolah. Berbulu membuatkan saya istimewa.”

Sumber: Mstar Online

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad