TENTANG BIASISWA
Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah) 2017 (PPBU) ditawarkan kepada pengajian di peringkat tertiari daripada Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D)
Peringkat pertama dibuka pada Mei 2017 sehingga Julai 2017 adalah bagi permohonan peringkat Diploma, Diploma Kemahiran dan Sijil Kemahiran. (TELAH DITUTUP)
Peringkat kedua dibuka pada Julai 2017 sehingga September 2017 adalah bagi permohonan peringkat Ijazah Sarjana Muda, Professional, Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.
Tujuannya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar pintar tetapi miskin mendapat pendidikan ijazah pertama di IPT Awam/ IPT Swasta dan Institut Latihan di negara ini dalam mod pengajian sepenuh masa.
PPBU ditawarkan juga kepada pemohon yang telah ditawarkan kemasukan atau yang sedang berada di tahun pertama pengajian di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).
PPBU menyediakan bantuan pendidikan dalam spektrum yang luas, yang mana pada pendapat ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, program pengajian itu adalah terbaik berorientasikan ke arah keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat.
TARIKH TUTUP
- Oct 09, 2017
KRITERIA
Warganegara Malaysia
Berumur TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan telah menerima tawaran.
Berumur TIDAK melebihi 30 tahun setelah tamat pengajian untuk Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Berumur TIDAK melebihi 45 tahun setelah tamat pengajian untuk Ijazah Sarjana dan TIDAK melebihi 50 tahun selepas tamat pengajian untuk Doktor & PHD.
Tidak bankrap.
Mendapat pengesahan kemasukan dari universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.
Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki minimum akaun adalah RM100
Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NVTC) / Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan diakui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR sahaja layak memohon
Syarat Kelayakan Mengikut Peringkat Pengajian
- Peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D) – Sekurang-kurangnya berkelulusan Ijazah Sarjana dengan CGPA 3.00 ke atas
- Peringkat Ijazah Sarjana – Sekurang-kurangnya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.00 ke atas.
- Peringkat Ijazah Sarjana Muda – Sekurang-kurangnya berkelulusan Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas atau Matrikulasi/Asasi dengan CGPA 3.0 ke atas atau Sijil Tinggi Pelajaran (STPM) dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0 atau Sijil Tinggi Agama (STAM) dengan sekurang-kurangnya mendapat kelulusan Jayyid Jiddan atau Mumtaz dengan kelulusan yang setara dengan STPM.
AMAUN
Jumlah tajaan bagi Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa adalah bergantung kepada peringkat pengajian seperti berikut:
- Ijazah Kedoktoran: Sehingga RM18,600 setahun
- Ijazah Sarjana: Maksimum RM12,000 setahun
- Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM9,500 setahun (UITM hanya RM6,500)
- Diploma: Maksimum RM7,500 setahun (UITM & Politeknik hanya RM5,000)
- Diploma Kemahiran: sehingga RM30,000 (2 tahun).
- Sijil Kemahiran: RM4,920 satu tahap (peruntukan merangkumi yuran dan sara diri).
JURUSAN
Bidang pengajian tumpuan :
- Perakaunan
- Perbankan
- Pengurusan Perniagaan
- Sumber Manusia
- Ekonomi
- Komunikasi Media
- Undang – Undang
- Sains Aktuari
*Akan tetapi YBR tetap menaja semua bidang lain kecuali Perubatan dan Penerbangan (Lesen)
CARA MEMOHON
- Mulai tahun 2010, semua permohonan hendaklah dibuat secara ‘on-line’ SAHAJA dengan melayari laman web Yayasan Bank Rakyat.
- Klik disini untuk lihat langkah permoh0nan seterusnya boleh memohon di situ.
- Tiada sebarang pindaan boleh dilakukan sebaik sahaja permohonan dihantar.
- Setiap permohonan perlu diisi dengan maklumat yang betul dan tepat. Permohonan akan ditolak sekiranya maklumat yang diberikan tidak tepat.
HUBUNGI
Yayasan Bank Rakyat, 8th Floor,
Tower 1 Menara Kembar Bank Rakyat,
No.33, Jalan Rakyat,
50470, Kuala Lumpur, Malaysia
Hubungi : +603 2612 9600
Emel : yayasan@bankrakyat.com.my