Baru-baru ini 10, 000 naskah buku panduan ‘Grammar Rules’ telah diedarkan pergerakkan Speak Good English dalam satu initiatif membantu orang ramai mempraktik penggunaan tatabahasa Bahasa Inggeris dengan betul di Singapura.
Buku panduan bersaiz poket itu telah habis hanya dalam masa dua hari – membuktikan bahawa orang ramai masih mengambil berat dalam mempelajari dan memperbaiki penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian mereka.
Buku-buku ini diedarkan di Muzium Philatelic Singapura dan Dewan Memorial Sun Yat Sen Nanyang bermula Isnin, March 20, dan habis pada hari Rabu (22 Mac).
Bagi orang ramai yang berminat untuk memperbaiki Bahasa Inggeris anda atau menjadi ‘Grammar Nazi’, buku panduan ini juga turut ada dalam bentuk PDF dan memang diberikan secara percuma pada sesiapa yang berminat!!
Dapatkan ‘Grammar Rules’ anda secara percuma dalam bentuk PDF.