Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

UiTM sasar kumpul RM50 juta dana wakaf tahun ini

UiTM sasar kumpul RM50 juta dana wakaf tahun ini

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyasarkan kutipan dana wakaf sekurang-kurangnya RM50 juta dikumpulkan tahun ini sebagai sumber kewangan baharu institusi itu untuk pembangunan pendidikan, penyelidikan dan infrastruktur.

Naib Canselor UiTM Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata sasaran kutipan itu, yang bermula awal tahun ini, dilihat mampu dicapai sekiranya 183,200 warga UiTM termasuk penuntut dapat berganding bahu dengan memberi sumbangan mengikut kemampuan masing-masing.

“Setakat dua bulan ini sahaja, kita dapat kumpul RM500,000 dan kita turut menyasarkan kutipan dana wakaf ini sehingga RM1 bilion dalam tempoh lapan tahun lagi. Ia tidak mustahil dicapai sekiranya terus mendapat sokongan daripada semua pihak.

“UiTM juga amat menggalakkan 680,000 alumni dapat sama menyumbang kepada dana wakaf berkenaan yang kita agresifkan mulai tahun ini untuk memperkasa sosioekonomi warga universiti selain mengurangkan kebergantungan kepada kewangan kerajaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya usaha kutipan dana wakaf itu dimulakan di kampus UiTM di Selangor sebelum diperluas ke cawangannya di negeri-negeri lain.

UiTM sasar kumpul RM50 juta dana wakaf tahun ini

Dalam pada itu, beliau menggalakkan anggota keluarga warga UiTM dan orang ramai yang ingin berwakaf untuk menyalurkan sumbangan mengikut kemampuan kepada institusi itu melalui sistem ‘e-wakaf’ secara dalam talian.

Terdahulu, Hassan menandatangani perjanjian usaha sama (MoA) di antara UiTM dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Abu Bakar Yang sebagai pemegang amanah untuk menyempurnakan hasrat pewakaf.

Majlis itu disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Tan Sri Ahmed Zaidee Laidin.

Abu Bakar berkata UiTM merupakan universiti awam kedua, selepas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang memeterai MoA bagi menyemarakkan syiar Islam.

“MoA ini adalah bagi merealisasikan tujuan wakaf ilmu UiTM iaitu wakaf khas seperti membina kompleks Pusat Islam Kampus UiTM Puncak Alam dan juga wakaf am, yang merangkumi keperluan pembelajaran dan lain-lain,” katanya.

Sebanyak 12 institusi pengajian tinggi lain di Selangor juga dijangka memulakan kutipan dana wakaf ilmu itu dalam masa terdekat.

Lawati laman e-wakaf UiTM untuk mengetahui lebih mengenai program ini.

 

— BERNAMA

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad