Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

10 Kesilapan Kewangan Orang Muda

Saya pernah muda sekali. Dan kerana pernah menjadi muda, saya melalaui banyak kesilapan kewangan yang akhirnya memakan diri. Di bawah ini, saya sertakan 10 kesilapan kewangan orang muda yang biasa mereka lakukan dan agar, jika anda masih muda, anda tidak melakukan kesilapan yang sama.

1. Tidak faham fungsi credit card

Mempunyai credit card bagus. Tetapi mesti tahu kenapa ada credit card asasnya. Tidak perlu ada sampai 10 credit card kerana lagi banyak credit card yang kita ada, lagi banyak bala yang akan menimpa. Ada dua benda yang kita tidak faham degan credit card. Pertama, kenapa kita patut ada credit card dan kedua, bila sudah ada credit card.

Dalam posting ini, saya akan fokus kepada sebab yang kedua. Apabila kita mempunyai credit card, kita rasa kuasa membeli kita besar. Lalu kita membeli benda yang kita tidak perlu. Akhirnya, bila kita beli banyak sangat benda yang kita tidak perlu, kita terjebak dengan hutang credit card yang tak habis-habis sampai tua. Selain dari punca tidak ada kesedaran, punca yang utama adalah tidak faham tentang credit card.

Sebagai contoh :
– kita cuma membayar minimum payment setiap bulan namun penggunaan credit card meningkat setiap bulan. Ini menyebabkan hutang kita tidak akan habis dibayar sampai bila-bila pun.
– Kita selalu bayar lambat setiap bulan, ya, walaupun kita bayar, tetapi kita menambah hutang lagi apabila bank charge kita lambat bayar.
– Kita guna cash advance dari credit card, walhal kita tak sedar interest pada cash itu lagi tinggi berbanding interest yang dikenakan pada penggunaan direct credit card itu.

2. Tidak peduli discount

Kadangkala, ada banyak discount untuk orang muda tetapi kita memilih untuk menikmati discount itu. Instead of bayar sikit, kita bayar banyak. Maka, selalu check jika ada discount untuk orang muda lebih-lebih lagi discount untuk para pelajar.

3. Beli barang yang mahal

Ini memang satu penyakit biasa. Kalau nak beli barang mesti nak beli yang mahal dan tidak mahu beli yang murah. Pepatah melayu ada sebut tentang ini “Biar papa asal bergaya”. Ini memang nak melingkupkan diri sendiri. Sebenarnya, tidak perlu beli barang yang mahal sahaja untuk gembira tetapi beli barang yang kita mampu.Tidak semestinya barang yang mahal itu baik dan barang yang murah itu teruk. Jika terpaksa sangat nak beli barang mahal, buat research dulu tentang barang itu dan fikir, adakah benar-benar keperluan kita atau sekadar kehendak kita?

4. Tidak buat budget bulanan

Sama ada kita malas, atau kita bodoh. Budget bulanan adalah perkara yang wajib kita buat setiap bulan dan bukannya kita buat sekali setahun. Budget adalah panduan untuk kita merancang kewangan kita selama sebulan. Jika perancangan sebulan pun kita gagal, bagaimana kita nak merancang kewangan untuk setahun? Dan jika budget diri sendiri pun kita tak pernah buat, bagaimana kita nak buat budget untuk bakal keluarga kita pula? Dan jika budget sendiri pun tak pernah buat, bagaimana kita nak buat budget untuk company atau perniagaan yang bakal kita ada kelak?

5. Duit kecemasan

Mat Salleh cakap duit “Rainy Day”. Melayu cakap, sediakan payung sebelum hujan. Daripada pendapatan bulanan kita, kita tak pernah nak simpan satu sen pun. Ini memang penyakit orang melayu. Ramai diantara kita yang bila berlaku kecemasan, kita terpaksa meminjam duit kawan atau keluarga. Bila dah kecemasan, mulalah lari budget dan terpaksa belanja untuk kecemasan itu secara tak langsung akan effect perbelanjaan yang lain.
Sebagai contoh, kita tak ada duit simpanan kecemasan. Sekali bulan tu kereta eksiden, so kita kena guna banyak duit untuk settlekan hal kereta. Lalu kita menunda pembayaran credit card. Akhirnya kita dikenankan charge lambat bayar dan bukankah ini telah menambah beban yang sepatutnya tidak ada kalau kita ada duit simpanan?
Selalu kena ingat. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalau simpan RM200 sebulan, kalau setahun kan dah jadi RM2400.

6. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Biasa kita dengar pepatah ini kita relate dengan perkara yang positif. Namun, pepatah yang sama boleh digunakan untuk perkara yang negatif. Mat Salleh kata “The Latte Factor”. Sebagai contoh, kita kaki lepak Starbuck. Sebulan lepak sana 8 kali. Sekali minum RM20.00. Bayangkan perbelanjaan sebulan untuk minum kopi Starbuck adalah RM160.00. Berapa jumlah perbelanjaan untuk setahun? RM1920.00
Kalau kita kurangkan daripada 8 kepada 4, kita sudah jimat RM960.00. Perkara yang sama boleh berlaku pada aktiviti lain seperti tengok wayang atau keluar makan dengan awek.

7. ATM Fees

Tahukah kita bahawa bank di Malaysia ini ada mengenakan charge ATM pada pengeluaran duit yang lebih dari beberapa kali? Sebagai contoh Maybank. Kita boleh withdraw duit dengan percuma hanya 4 kali. Selebihnya anda kena bayar RM0.50 setiap pengeluaran seterusnya.
Mengeluarkan duit di ATM lain melalui MEPS juga akan dikenakan charge RM1.00. So cuba kira berapa kali anda keluar duit sebulan melalui ATM machine.

8. Auto debit yang cilake

Kebanyakkan perjanjian jual beli atau loan dengan bank hari ini da option auto debit. Kalau boleh jangan ambil yang ni. Sebabnya kalau dia auto debit dan tak cukup duit dalam akaun, anda akan dikenakan charge tambahan. So kalau benda ini berlaku tiap-tiap bulan, charge penalty tak cukup duit sahaja dah boleh menyebabkan ketirisan kecil-kecilan. Walaupun sikit, lama-lama jadi bukit.

9. Buka joint account dengan makwe

Yang ni pun satu silap besar. Baru makwe pakwe dah buka joint account. Tok sah nak mengada nak tunjuk chenta kwaat sangatlah esok banyak keburukan dari kebaikan buka joint account ini. Selagi tak kawin, tak payah nak buka joint account.

Relationship ada naik turunnya begitu juga dengan pendapatan kita. So tak perlu nak bagitau semua lagi kat awek / balak. Belum kahwin dah kena control so dah kawin esok macam mana?

10. Tak pernah nak rancang kewangan

Nak travel? Nak sambaing belajar? Nak beli rumah pertama? Kita tak pernah nak fikir semua ini so last sekali sedar-sedar member kita dah ada 5 biji rumah sedangkan kita masih duduk menyewa. Member kita dah travel separuh dunia sedang kita masih lagi sembang kencang di kedai mamak tepi KLCC.

Sumber – Kayanya.me

Register.
Enjoy 10% Discount.


Deprecated: Elementor\Scheme_Typography is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Typography instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

Deprecated: Elementor\Scheme_Color is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Color instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

Ayah dan Anak Genggam PhD Bersama
UiTM di ❤ ku

Ayah dan Anak Genggam PhD Bersama

Kebahagiaan berganda bagi bapa dan anak perempuannya apabila kedua-duanya menerima ijazah kedoktoran semasa majlis konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Mahad Ayen, pensyarah berusia 63 tahun,

Read More »
Biasiswa YTL Cement 2017
UiTM di ❤ ku

Biasiswa YTL Cement 2017

Tentang Biasiswa YTL Cement Scholarship Fund ditubuhkan dengan tujuan mempromosikan pendidikan tinggi dengan menawarkan biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan yang mengikuti kursus sarjana sepenuh masa

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad