10 Pekerjaan Dengan Gaji Tertinggi Di Malaysia 2016
Dianggarkan 5 daripada 10 rakyat Malaysia (53 %) melaporkan bahawa gaji dan pampasan merupakan faktor utama yang diambil kira semasa membuat keputusan memilih sesuatu pekerjaan.
Jika gaji lumayan merupakan faktor penting bagi anda, rujuk senarai yang dipetik daripada ‘Salary Explorer 2016 Top Paying Jobs’ yang menunjukkan gaji purata ada yang mencecah RM 45, 348.50 sebulan!
Senarai 10 pekerjaan dengan gaji tertinggi di Malaysia 2016 yang dipetik daripada Salary Explorer.
1. Pakar Bedah
Bidang : Kesihatan & Perubatan
Kelayakan minima : Ijazah Kedoktoran (M.D)
Gaji Bulanan : RM 70 000
2. Ketua Pegawai Kewangan
Bidang : Kewangan
Kelayakan minima : Ijazah Sarjana Dalam Perakaunan, Kewangan, atau Perniagaan
Gaji Bulanan : RM 70 000
3. Pengarah Pemasaran
Bidang : Pemasaran
Kelayakan minima : Ijazah sarjana pemasaran atau pentadbiran Perniagaan
Gaji Bulanan : RM 55 000
4. Pembantu Penyelidikan Makmal
Bidang : Farmasi dan Teknologi
Kelayakan minima : Lepasan ijazah dalam kejururawatan, sains kehidupan, dan sains perubatan.
Gaji Bulanan : RM 52 917
5. Broker Hartanah
Bidang : Jualan
Kelayakan minima : Diploma mana-mana bidang
Gaji bulanan : RM 50, 000
6. Pengarah Pengurusan Risiko
Bidang : Insurans
Kelayakan minima : Ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan, kewangan, atau perakaunan
Gaji bulanan : RM 40, 000
7. Pengarah Strategi
Bidang : Perniagaan
Kelayakan minima : Ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan atau pemasaran.
Gaji bulanan : RM 30, 000
8. Juruterbang
Bidang : Penerbangan
Kelayakan minima : Ijazah dalam bidang penerbangan dan atau aeronautic.
Gaji bulanan : RM 29, 375
9. Pengarah Perkhidmatan Perundangan
Bidang : Perundangan
Kelayakan minima : Ijazah sarjana dalam undang-undang
Gaji bulanan : 29, 083
10. Pengurus Operasi Elektrik dan Gas
Bidang : Minyak dan gas
Kelayakan minima : Ijazah dalam kejuruteraan mekanikal atau elektrik
Gaji minima : RM 27, 000













