Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

10 Jenis Tabung Yang ‘Fresh Graduate’ Perlu Tahu

Menyimpan duit memang perlukan usaha, disiplin dan teknik yang betul agar kita tak cepat bosan. Jom kenali 10 jenis tabung yang anak muda boleh mula buat terus hari ni.

1. Tabung Duit Syiling.

Tiap kali balik kerja, semua syiling yang bertimbun tu, kita masukkan dalam tabung siling di rumah. Lebih mulia masukkan dalam tabung anak kita.

2. Tabung 10% Gaji Kita

Lakukan secara konsisten setiap kali gaji.Jangan ambil duit ini. Simpan dan lupakan sahaja. Lepas dah terbiasa, boleh upgrade ke 20% atau 30%.

3. Tabung Hijau.

Setiap kali jumpa duit hijau (RM5), asingkan dari beg duit kita, sampai rumah masukkan dalam tabung warna. Seronok tengok tabung penuh warna hijau.

4. Tabung Oren.

Bila maqam dah tinggi sikit, barulah mula tabung oren (RM20) ni. Kita akan kagum sendiri bila bukanya nanti. Duit kita kurang sikit saja dari duit yang menteri ada.

5. Tabung Haji Umrah.

Simpan RM150 konsisten setiap bulan. Dengan dividen 5%, selepas 5 tahun, kita dah ada cukup RM10K. Boleh guna untuk pergi umrah. Kalau simpan RM300 pula, dapat double, boleh pergi dengan pasangan.

6. Tabung ASB

Mohon sijil ASF financing RM50K, tempoh pembiayaan 30 tahun, bayar bulan RM275. Dividen 7.25% jangan diusik. Terminate sijil selepas 5, kita dapat RM24K.

7. Tabung Rumah.

Nak beli rumah, kena ada 15% daripada harga rumah untuk duit muka, yuran guaman dan lain-lain. Kalau nak beli rumah RM100K, maksudnya kita kena ada RM15K. Kalau nak beli rumah RM200K, kira sendiri.

8. Tabung Kecemasan

Tabung kecemasan tiga bulan gaji wajib kita kena ada. Contoh gaji RM2K kena ada RM2K x 3 = RM6K. Lepas berjaya tu, upgrade jadikan tabung kecemasan enam bulan gaji pula.

9. Tabung Kahwin.

 

Tabung kahwin ni penting untuk elak ambil personal loan. Mula buat tabung kahwin ni walau belum jumpa calon yang sesuai. Lelaki dan perempuan, dua-dua kena ada tabung ni.

10. Tabung Keriangan.

Teringin juga nak reward diri sendiri, kan. Tak salah nak enjoy kalau kita rancang dengan baik. Sebulan simpan RM100. Setahun dah ada RM1,200. Bolehlah pergi melancong dan berhibur.

Kita saja yang boleh kawal tabungan kita. Jangan selalu sangat kata “Duit tak cukup macam mana nak simpan?”.

Memang padan muka kita. Doa kita termakbul sebenarnya. Mula sekarang bukan asyik merungut saja. Haha. – Harith Faisal & Azizul Azli Ahmad

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad