Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

12 Jenis Lecturer Yang Ada Di Universiti Di Malaysia

Bila masuk universiti banyak jenis orang yang kita akan kenal, ada yang dari pelbagai negeri dan bangsa. Perangai pun macam-macam. Kalau pelajar je pun dah berapa jenis pelajar di Malaysia ni korang akan jumpa.

Kalau pasal pelajar dah sentuh, kali ni jom cakap pasal lecturer pula. Orang yang bertanggungjawab untuk membantu kita di universiti.

1. Rajin

Ada tak sesiapa yang ada lecturer macam ni? Saya pernah jumpa 3-4 kali je waktu tengah study. Rajin dia tu memang sangat rajin, ada yang sampai boleh hafal definition dan slides untuk mengajar! Dia bukan setakat rajin dalam benda tu je, dia rajin buat test juga, rajin tanya soalan juga. Datang kelas pun dia sangat rajin! Kelas tak pernah cancel, kalau cancel pun mesti akan ada kelas ganti!

Image result for hard working gif

Satu benda je dia malas, dia malas nak rapat sangat dengan pelajar. Rapat tu memang rapat la, tapi dia akan sentiasa ingatkan bahawa dia ni seorang lecturer dan bukan lah kawan biasa. Jadi kena sentiasa respect sebagai seorang lecturer. Tapi kalau ada lecturer macam ni, masuk kelas pun best sebab kita tau yang semua kita belajar tu adalah betul dan kita tidak ingin usaha lecturer kita jadi sia-sia. Lecturer yang rajin ni selalunya pelajar dia pun rajin dan akan berusaha untuk buat yang terbaik untuk kelas lecturer tu kan.

2. Macam kawan baik

Lecturer yang friendly dengan pelajar ni selalunya famous kan? Dia pegi mana-mana pun akan ada pelajar yang cakap hi dan tanya khabar. Pelajar pun suka dengan lecturer macam ni sebab dia rasa macam kawan baik kita, kakak kita dan mak kita kat universiti ni. Siapa ada lecturer yang friendly dan layan korang dengan baik? Nanti bila grad tu mesti akan ada yang rindu dengan lecturers kat universiti ni.

Related image

 

3. Datang kelas tanpa apa-apa

Rasanya tak banyak lecturer macam ni kan? Tapi jangan terkejut tau kalau terjumpa lecturer macam ni. Dia tak akan bawa apa-apa masuk kelas. Laptop korang kena bawa, slides kena ada dalam laptop korang. Dia cuma bawa kertas attendance je lepas tu mengajar guna slides. Pergh bila kena lecturer macam ni, korang tahan je la. Mungkin dia ni friendly dan baik.

Image result for empty handed GIF

 

4. Pelajar jadi lecturer

Ni kes yang selalu terjadi di semester 1 atau 2 kot. Korang yang akan jadi lecturer, kena buat presentation untuk setiap chapter kat dalam kelas lepas tu lecturer duduk kat belakang dan akan komen jika penjelasan korang tak jelas. Nak tau tips untuk membuat presentation yang baik tak? Yang penting confident. Hahaha tipu je, nanti kitarong share macamana! Tapi kalau korang kena lecturer macam ni memang sakit la, tak banyak ilmu yang masuk lepas tu bila exam nanti baru belajar macam nak mati.

Image result for student lecturer gif

 

5. Rajin mengajar tapi semua pelajar tidur

Ni kes yang selalu berlaku di universiti. Lecturer tu memang masuk kelas, memang akan mengajar tapi bila dia mengajar je, hah ambik kau. Semua pelajar dalam kelas tu akan tidur atau tak dengar pun apa yang lecturer tu cakap. Ada kan satu kelas tu yang korang memang akan rasa sangat mengantuk ataupun memang bosan nak mati?

Related image

 

6. Suka “tengok” pelajar

Ha ni lagi satu lecturer yang memang sakit kalau kena. Dia suka tengok korang atas bawah lepas tu dia akan komen tentang pakaian korang atau apa-apa yang dia rasa salah. Kalau dia cakap baik-baik tu takpe la, boleh terima teguran tapi ada yang bagi sindiran terus depan kelas. Saya pernah kena lecturer macam ni 2 kali. Seorang tu mulut dia memang pedas, yang lagi seorang tu memang suka tengok atas bawah. Entah apa yang dia nak tengok. Faham-faham je la.

 reactions beautiful look looking better GIF

7. Berat sebelah

Harap-harap korang tak pernah dapat lecturer macam ni ataupun akan dapat lecturer macam ni. Selalunya memang takde la lecturer macam ni tapi kalau ada tu, korang kena lek la. Nak buat macamana juga kan? Kena la pandai ambil hati lecturer, kalau tak pun jangan buat apa-apa yang akan menyakitkan hati lecturer korang.

8. Kelas selalu cancel

Lecturer macam ni best! Tapi bila final exam nanti sakit tu memang sakit sebab takde apa-apa yang boleh dijadikan bantuan. Kena lah tanya kelas lain apa lecturer lain cakap. Selalu lecturer macam ni dia akan masuk kelas 4 kali je kot dalam satu semester, tu pun dua minggu untuk presentation waktu final week ataupun bila kena hantar assignment.

9. Lecturer yang cantik dan handsome

Ni lagi satu lecturer yang famous ni universiti kan? Lecturer yang cantik dan lecturer yang handsome. Bukan je cantik, baju pun cantik. Kalau lecturer yang cantik ni mesti ramai akan cakap hi dan bertanya khabar kan? Tapi ada satu je yang susah nak tukar walaupun lecturer cantik atau handsome, kalau ada yang suka datang lewat tu dia tetap akan datang lewat walaupun lecturer cantik ke handsome kan?

10. Lecturer yang banyak cerita

Antara lecturer yang best bila dalam kelas, dia sentiasa akan ada cerita yang best dan buat korang tertarik dengan dia. Tapi ada juga lecturer yang rajin bercerita tapi cerita dia semua hambar je ataupun cerita yang korang tak kisah. Saya ada seorang lecturer yang sangat suka berkongsi ilmu tapi ilmu dia tu berdasarkan apa dia rasa betul dan salah je, lepas tu dia akan selalu quote kata-kata semangat daripada buku. Minggu pertama dan kedua tu ok je, tapi bila dan masuk minggu ke-3 tu dah mula lah rasa macam hm, dia ni takde benda lain ke. Asyik cerita je.

Image result for talkative gif

11. Lecturer yang kedekut

Tak suka tau bila dapat lecturer macam ni. Kedekut bukan kedekut nak bagi ilmu tapi bila dia nak bagi markah tu, dia bagi markah yang setakat hm je. Sedih tau. Lepas tu ada lecturer yang kedekut tapi baik dengan pelajar, lepas tu depan pelajar dia baik tapi bila dia bagi markah, rasa macam dia tak kenal pelajar lansung. Tapi bagus kot, means dia tak berat sebelah kan?

12. Tegas nak mati

Ni bagi saya lecturer yang baik. Walaupun akan ada pelajar yang tak suka lecturer macam ni tapi dengan lecturer macam ni baru kita boleh jadi lebih berdisiplin dan adil. Tegas dia tu bukan lah apa, contoh macam nak hantar assignment lambat tapi dia kata tak boleh. Bagus lah kan? Ada yang bagi alasan tak boleh hantar sebab ada problem tapi sebenarnya sebab dia baru buat semalam hm.

 shut up arnold schwarzenegger kindergarten cop GIF

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad