35 Atlet UiTM Terpilih Mewakili Negara ke Sukan SEA

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

UiTM Sukan SEA
NAIB Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said bersalam dengan atlet Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mewakili negara dalam Sukan Sea ke 19, 2017 di Majlis Perjumpaan Naib Canselor bersama Atlet Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke Sukan SEA Kuala Lumpur ke 19, 2017 di Intekma Resort. Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Professor Datuk Dr Abdullah Mohamad Said (kanan) – Twitter @VCUiTM

SHAH ALAM: Seramai 35 atlet daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) terpilih untuk mewakili negara dalam temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung mulai 19 Ogos ini.

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata, kesemua yang dipilih membabitkan pelbagai acara sukan seperti bola sepak, perahu layar, ragbi, sepak takraw, hoki, olahraga dan banyak lagi.

“Pembabitan atlet daripada UiTM ini amat membanggakan kerana ia dapat merealisasikan hasrat universiti untuk melahirkan lebih ramai ‘thinking athlete’ yang dapat mengangkat mutu sukan negara ke peringkat yang lebih tinggi.

“Ia juga selaras dengan sasaran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang mahukan 30 peratus atlet yang mewakili negara datang dari institusi pengajian tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis perjumpaan bersama atlet UiTM yang mewakili negara pada Sukan SEA, di Intekma Resort, di sini, hari ini.

Sumber – @VCUiTM

Dalam pada itu, Hassan berkata, UiTM mewujudkan polisi pengajian khusus untuk mahasiswa yang bergelar atlet bagi memastikan mereka bukan saja cemerlang dalam bidang sukan malah dapat menamatkan pengajian dengan keputusan baik.

Katanya, melalui polisi itu, atlet yang mewakili negara dan juga UiTM di dalam liga profesional akan mengikuti tempoh pengajian yang tidak ditetapkan menurut bilangan semester.

“Dengan adanya polisi ini atlet mendaftar kursus menurut pelan pengajian yang bersesuaian dengan aktiviti sistem latihan dan kejohanan,” katanya.

Sementara itu, atlet boling padang negara Noorazlinda Zakaria, 23, berkata penyertaannya dalam Sukan SEA tahun ini adalah julung kali buat dirinya.

“Ini adalah tahun pertama saya menyertai Sukan SEA dan saya amat gembira serta bangga kerana terpilih menjadi sebahagian daripada pasukan negara.

“Impian saya sudah pasti ingin memenangi emas untuk negara tetapi saya juga sedar akan saingan hebat daripada beberapa negara terutamanya Thailand dan Filipina,” katanya.

Noorazlinda yang juga pelajar Diploma Pengajian Sukan berkata, beliau yang akan beraksi untuk acara boling padang kategori ‘Triples’ bersama dua lagi rakan sepasukan menyasarkan kumpulan mereka akan beraksi di final acara itu.

Sumber – Berita Harian, Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE