Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Persepsi Masyarakat Terhadap Graduan Politeknik Makin Berubah

KUALA LUMPUR — Persepsi masyarakat terhadap graduan politeknik kini semakin berubah hasil penekanan terhadap bidang Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) di pusat pengajian berkenaan.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata politeknik bukan lagi dianggap institusi pengajian tinggi kelas dua malah graduan politeknik memiliki kebolehpasaran kerja yang lebih tinggi berbanding graduan universiti.

“Kebolehpasaran kerja graduan politeknik adalah 87 peratus berbanding kebolehpasaran graduan universiti sebanyak 78 peratus.

“Orang tidak faham (dahulu) dan menganggap politeknik sebagai institusi pengajian kelas kedua,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Sijil Kolaborasi antara Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) dan MMC Corporation Berhad (MMC), di Wisma Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), di sini hari ini.

JPP diwakili Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz manakala MMC diwakili Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

Mengenai kolaborasi antara JPP dan MMC tersebut, Idris berkata ia usaha baik antara kedua-dua pihak sekali gus menepati falsafah ‘akademik dan industri adalah satu’.

Sementara itu, Che Khalib berkata kerjasama itu dapat membuka ruang kepada pelajar politeknik untuk menjalani latihan industri di syarikat kumpulan MMC seperti PTP, Malakoff dan MMC Engineering.

Che Khalib berkata MMC dapat membantu melengkapkan pelajar dengan pengetahuan luas dalam sektor pelabuhan dan logistik, tenaga dan utiliti serta kejuruteraan dan pembinaan.

“Kerjasama ini membolehkan MMC mengenal pasti graduan politeknik yang berpotensi untuk diserap sebagai tenaga kerja berkualiti dalam kumpulan MMC pada masa akan datang,” katanya.

Che Khalib berkata Pusat Pendidikan MMC-Politeknik akan ditubuhkan di Politeknik Ibrahim Sultan, dekat Pasir Gudang, dengan itu MMC akan menyumbangkan peralatan teknikal atau kejuruteraan untuk pembelajaran di politeknik berkenaan. – BERNAMA

The one that you've been waiting for: UiTM Long Sleeved Basic Tee Hoodie Series

Posted by Made In UiTM on Thursday, 7 December 2017

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad