Anda telah memohon latihan internship atau latihan industri dan bakal merasai pengalaman kerja profesional pertama anda setelah melalui semua proses rasmi? Tahniah! Tetapi sementara keghairahan menjalani latihan pertama anda masih membara, penting juga untuk membuat persediaan untuk memastikan kesemuanya berjalan lancar sebelum melangkah ke arah satu fasa baru dalam hidup.
Latihan intership adalah platform yang sangat baik untuk mempelajari kemahiran baru dan menimba pengalaman kerja professional, dan networking. Walau bagaimanapun, terdapat aspek lain yang ramai pelajar latihan industri tak perasan.
Di sini, kami menyenaraikan 5 perkara yang harus diingat untuk mempersiapkan mental dan menyediakan diri anda untuk latihan industri pertama anda supaya anda boleh menjalaninya dengan penuh rasa yakin lagi bersedia.
1. Anda perlu menghadapi pelbagai jenis personaliti/perangai/ragam manusia
Dalam kehidupan, kita memang sudah ditakdirkan untuk menghadapi manusia-manusia yang mempunyai watak yang berlainan dan perkara yang sama boleh dikatakan mengenai kerja. Walaupun anda mungkin mendapati diri anda bekerja dengan rakan-rakan yang ramah dan membantu, ada kemungkinan juga bahawa anda mungkin menghadapi orang-orang yang tidak bersekepala dengan anda. Dan bila ini berlaku, anda perlu bersedia.
Sama seperti cabaran bekerja dengan individu yang berlainan untuk tugasan kumpulan di kolej, kerja boleh membuatkan anda hilang sabar dan ‘meletup’. Perkara penting yang perlu diingati ialah untuk bertenang dan menghormati semua rakan sekerja walaupun layanan mereka kurang memberangsangkan atau biadap. Kurangkan interaksi anda dengan mereka jika perlu.
Sekiranya keadaan menjadi sukar, cuba bincanglah dengan penyelia anda mengenai situasi anda. Sebagai alternatif, dapatkan bantuan atau nasihat daripada rakan sekerja atau rakan-rakan yang mesra apabila keadaan menjadi sukar.
2. Kesabaran adalah kunci
Kesabaran sememangnya kunci untuk hidup bahagia dan berjaya. Pekara yang sama boleh dikatakan mengenai kerja
Dalam sesetengah latihan, pelajar mungkin mendapati diri mereka melakukan tugas-tugas “penting” seperti fotokopi, buat kopi, mahupun kerja-kerja ‘binding report’ untuk tempoh yang panjang, yang boleh membosankan dan berulang-ulang.
Dan sementara latihan industri di tempat lain mungkin membolehkan anda belajar dan menyelesaikan lebih banyak tugas dari masa ke masa, adakalanya keadaan di mana latihan anda mungkin berbeza kerana tiada apa-apa kerja yang boleh lakukan selain duduk menghadap monitor dan melayari internet.
Jika anda terjebak dalam keadaan sedemikian, pertimbangkan untuk menjadikan diri anda berguna dengan meminta rakan sekerja atau penyelia anda bagaimana anda dapat membantu mereka. Dengan proaktif, ada peluang untuk anda mempelajari kemahiran dan pengetahuan tambahan selain meninggalkan kesan yang baik pada rakan sepasukan anda setelah menyelesaikan latihan anda. Kalau nasib baik, mereka-mereka ini yang mengesyorkan anda untuk bekerja di situ. #rezekiterpijak
3. Manusia tak lari daripada melakukan kesilapan. Jangan cemas, chill~
Kesilapan, kadang kala, memang tidak dapat dielakkan, dan perkara yang sama berlaku untuk pelatih yang baru di tempat kerja kerana masih lagi tidak faham dengan sifat perniagaan dan amalan syarikat.
Contohnya, membuat kesilapan seperti memasukkan maklumat yang sudah lapuk dalam iklan promosi dan menghantarnya untuk cetakan boleh menyebabkan syarikat anda rugi pada skala yang besar.
Walaupun membuat adegan menggigit kuku, jangan meletakkan kesemua kesalahan pada diri anda. Elakkan menunding jari pada orang lain, meminta maaf di mana perlu dan bekerjasama dengan cepat untuk membetulkan kesilapan anda.
4. Belajar dari pengalaman buruk
Sesetengah tempat latihan internship mungkin penuh dengan cabaran. Ini mungkin terdiri daripada bekerja dengan individu yang tidak menyenangkan yang sentiasa menanti waktu untuk anda melakukan kesilapan (supaya dia boleh memarahi anda), yang boleh menyebabkan orang lain memandang rendah pada segala benda yang anda lakukan. Jangan risau dan yang paling penting, JANGAN LUPA SENYUM.
Beberapa pengajaran terbaik dalam kehidupan kita boleh datang dari pengalaman negatif.
Sebagai contoh, setelah mencetak semula beratus-ratus iklan promosi selepas gagal mengenal pasti kesilapan ‘typo’ di dalamnya, anda dapat mengajar anda untuk memberi perhatian lebih dan fokus kepada detail pada masa akan datang agar kesilapan sama tidak berulang. Seperti peribahasa orang dahulu kala, “Ukur dua kali, potong sekali”.
5. Hargai Masa Intership anda
Latihan internship anda boleh menjadi satu pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan dalam hidup anda! Tidak kira apa yang akan berlaku, jangan lupa untuk menikmati masa ini. Latihan anda adalah masa untuk anda mempelajari apa yang tidak diajar di dalam kelas, atau peluang untuk anda menerapkan apa yang telah anda pelajari sewaktu dikelas di dunia nyata.
Sebagai contoh, jika anda mengikuti latihan industri sebagai penulis di majalah fesyen, bersyukurlah bahawa kerja yang diterbitkan anda boleh digunakan untuk membina portfolio anda, dan bukannya merungut mengenai aspek negatif, seperti masa yang lama untuk menulis atau ‘expectation’ tinggi editor anda .
Ia juga penting untuk menggunakan masa ini sebagai pelatih untuk membangun hubungan dengan mentor atau rakan sekerja anda untuk memahami lebih lanjut tentang industri dan sifat kerja.
Pada penghujung hari, setiap pengalaman intership yang baik atau kurang baik adalah peluang untuk anda belajar dan berkembang. Ingatlah untuk tidak terlalu menghukum diri sendiri – lagipun latihan ini adalah pengalaman pembelajaran, jadi kita belajar ok?