5 Sebab Mengapa Graduan Muda Sukar Dapat Kerja
Seringkali kita dengar masalah lepasan Universiti atau mana-mana IPT sukar untuk mendapatkan pekerjaan, ada yang makan masa bertahun lamanya menunggu peluang yang ada kepada mereka.
Kadang-kadang masalah tersebut bukan datang daripada diri mereka sendiri dan ada juga yang terlepas pandang dengan perkara-perkara yang perlu mereka manfaatkan ketika sedang belajar. Ini sebab mengapa graduan muda ini sukar mendaptkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan.
1. Persaingan Yang Semakin Meningkat
Disebabkan terlalu ramai mahasiswa yang ada sekarang, saingan akan menjadi sengit. Disebabkan itu, graduan muda terpaksa berusaha keras untuk mendapatkan pekerjaan kerana mungkin ada yang jauh lebih layak dan menepati kriteria-kriteria yang sesebuah majikan inginkan. Ditambah lagi dengan ‘pendatang baru’ yang akan menamatkan pelajaran juga.
2. “Sijil Degree Kamu Hanya Kertas”
Majikan akan lebih memilih pengalaman yang pernah kita perolehi, sijil Degree sahaja tak cukup! Apa yang menjadi masalah ialah, kebanyakkan daripada mereka terus melanjutkan pelajaran sejurus sahaja menamatkan peperiksaan SPM. Pengalaman kerja yang sangat minima atau tiada langsung adalah salah satu kekangan besar untuk mendapatkan pekerjaan. Kebiasaannya, majikan memerlukan sekurang-kurangnya setahun pengalaman kerja.
3. Kemahiran : Kosong!
Ini juga dikatakan faktor terbesar mengapa graduan muda tidak terpilih, sesetengah daripada mereka memikirkan penglibatan persatuan sewaktu mereka belajar tidak penting. Ada juga yang seperti “acuh tak acuh, endah tak endah” untuk memantapkanskill mereka, majikan akan tertarik dengan pencapaian yang pernah kamu terima ketika belajar jika kamu tunjukkan hasilnya.
Jika tiada pengalaman kerja sekali pun, pastikan ada kemahiran supaya dapat meyakinkan majikan!
4. Tidak Melakukan Persiapan Rapi
Ada segelintir daripada graduan ini bukan sahaja tak terpilih, malah tak lepas temuduga. Ini kerana cover letter yang mereka lakukan tidak mengikut garis panduan! Sebelum majikan melihat resume anda, mereka akan menilai diri anda melalui cara anda meminta kerja (cover letter). Ambil sedikit masa untuk membuat cerita ringkas mengenai diri anda.
Kaji serba sedikit di internet cara-cara mendapatkan kata-kata yang membina dan meyakinkan majikan anda.
5. Tidak Menunjukkan Rasa Semangat Bekerja
Tunjukkan rasa minat anda ketika waktu temuduga mengenai pekerjaan tersebut sahaja tidak cukup, lakukan follow up,hubungi majikan selalu untuk bertanyakan progress pemilihan anda.Sekurang-kurangnya majikan yakin bahawa anda betul-betul minat dengan kerja tersebut. Tidaklah tertunggu-tunggu lamanya sedangkan dah ada pun yang terpilih. Kalau tak dapat, sekurang-kurangnya boleh emncuba di tempat lain dan tidaklah rasa tertekan menunggu keputusan.
Sumber : Muhammad Izuan