XMU menawarkan biasiswa dalam pengajian PhD, master dan ijazah sarjana muda. Biasiswa yang ditawarkan ini termasuk penajaan maksimum 4 tahun bagi pengajian PhD, 2-3 tahun bagi pengajian masters dan 4-5 tahun bagi pengajian ijazah sarjana muda.
Selain itu, XMU turut menawarkan elaun untuk kos sara hidup pelajar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang mengikut standard biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan China.
Biasiswa akan ditawarkan kembali untuk semester yang berikutnya bergantung kepada prestasi pemohon.
Tarikh Tutup
30 April 2017
Kriteria
- Pemohon mestilah bukan warganegara China
- Memiliki tahap kesihatan yang baik
- Pemohon yang memohon biasiswa untuk pengajian di peringkat ijazah sarjana muda mestilah tidak melebihi umur 25 tahun.
- Pemohon yang memohon biasiswa untuk pengajian di peringkat ijazah sarjana (masters) mestilah tidak melebihi umur 40 tahun
- Pemohon yang memohon biasiswa untuk pengajian di peringkat PhD mestilah tidak melebihi umur 45 tahun.
Amaun
Biasiswa kelas pertama untuk pengajian PhD dan masters, elaun sara hidup bulanan adalah sebanyak RMB 3.500 untuk PhD manakala RMB 3,000 untuk masters.
Biasiswa kelas kedua pula diberikan kepada pelajar di peringkat pengajian ijazah sarjana muda (degree) yang merangkumi pembiayaan kos yuran pengajian mengikut kursus yang diikuti di XMU.
Jurusan
Biasiswa ini ditawarkan kepada semua jurusan yang ditawarkan oleh XMU.