Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Laman web sekolah digodam

PENGGODAM mendakwa dari Indonesia menggodam laman web Malaysia selepas isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderamata pembukaan rasmi Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017, kelmarin.

Walaupun Malaysia sudah memohon maaf secara rasmi, penggodam itu masih tidak berpuas hati.

Antara mesej yang ditinggalkan, Bendera Negaraku Bukanlah Mainan dan mereka meletakkan gambar daripada buku panduan itu selain kata-kata kesat.

Berdasarkan pemerhatian, antara laman web yang digodam ialah laman web Sekolah Seri Puteri, seriputeri.edu.my dan innercircle.my.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, sebanyak 33 laman web Malaysia digodam setakat 3.40 petang, hari ini.

Katanya, antara laporan diterima, kemungkinan kebocoran maklumat sulit dan serangan Distributed Denial of Service (DDoS) (Pemberhentian Perkhidmatan).

“Ketika ini kita masih menjalankan siasatan, memantau perkembangan dan berkerjasama dengan agensi berkaitan untuk mengatasi kejadian serangan siber.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, CyberSecurity Malaysia mengingatkan pentadbir sistem untuk meningkatkan keselamatan sistem masing-masing bagi mengelakkan daripada ancaman serangan siber,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, setiap organisasi dinasihatkan melindungi sistem rangkaian masing-masing, memastikan sistem, aplikasi yang berkaitan dinaik taraf dengan sistem keselamatan terkini.

“Sekiranya masih menggunakan sistem operasi atau perisian versi lama, organisasi perlu memastikan ia dinaiktaraf ke perisian terkini kerana versi lama mudah untuk dimanipulasi oleh penceroboh. Selain itu, pastikan aplikasi berasaskan web dan rangkaian dipasang sewajarnya.

“Pastikan perisian anti virus anda dikemaskini dan mampu mengimbas semua fail termasuk dalam emel,” katanya.

Amirudin berkata, orang ramai boleh merujuk ke laman web CyberSecurity Malaysia https://www.mycert.org.my/en/services/advisories/mycert/2017/main/index…. untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini mengikut saranan kami.

Katanya, laporan berhubung serangan siber ini boleh dibuat kepada Cyber999, menerusi emel cyber999@cybersecurity.my or mycert@mycert.org.my; telefon, 1-300-88-2999 ; fax, 603 89453442; telefon bimbit, 019-2665850 (beroperasi 24 jam setiap hari) dan hantarkan khidmat pesanan ringkas ke 15888

Sumber – Metro Malaysia

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

UiTM di ❤ ku

Life Is Like A Wheel

HAPPY NEW YEAR PROMOTION!Get RM 10 Off For Your UiTM SweaterEnter Coupon Code : HNY19 Hurry! Limited For 30 pcs OnlyVisit https://t.co/HqVMTHITBq to find out

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad