5 Sebab PPBU Paling Ideal Kalau Nak Sambung Belajar Selain PTPTN

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

5 Sebab PPBU Paling Ideal Kalau Nak Sambung Belajar Selain PTPTN

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) merupakan pembiayaan yang di sediakan bagi mereka yang ingin melanjukan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. PPBU ini diabawah naungan Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan memberi peluang kepada individu untuk meraih pengajian siswazah di Institusi Pengajian Tinggi  dan Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta tempatan secara sepenuh masa.

Di sarankan, kalau ada antara anda yang ingin melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi, PPBU adalah pembiayaan terbaik! Berdasarkan soal jawab dari laman rasmi YBR , disini kami terangkan manfaat dan kelebihannya.

1. Tiada Faedah!

“Adakah Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa dikenakan sebarang faedah?

Tidak. Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah adalah berkonsepkan “Qardhul Hassan” iaitu tajaan yang tidak melibatkan faedah atau syarat tambahan ketika pembayaran kembali pinjaman.”

https://www.facebook.com/madeinuitm/photos/a.1933435923558888.1073741828.1865814060321075/2085727094996436/?type=3&theater

2. Malah Jumlah Bayaran Balik Boleh Diubah, Lebih Rendah Mungkin?

Apakah yang dimaksudkan dengan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa?

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah bermaksud jumlah bayaran balik tajaan yang diterima boleh diubah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan tertakluk kepada budi bicara YBR.

3. Peluang Kerjaya Sudah Dibuka! Individu Yang Layak Akan Ditawarkan Berkhidmat Dengan Bank Rakyat

Adakah pelajar tajaan dikehendaki bekerja dengan Bank Rakyat selepas tamat belajar?

Pelajar yang layak boleh ditawarkan berkhidmat dengan Bank Rakyat tertakluk kepada tawaran dan budi bicara YBR/Bank Rakyat

5. Terbuka Kepada Semua Jenis Peringkat Pendidikan

Siapakah yang layak memohon Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) ?

Warganegara Malaysia yang telah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian serta memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan:-

  1. i) Umur tidak kurang dari 18 tahunsemasa membuat Pembiayaan PPBU dan tidak melebihi  30 tahun semasa tamat pengajian (Permohonan Sijil Kemahiran, Diploma, Diploma Vokasional, Ijazah Sarjana Muda dan Professional). Manakala bagi pemohon peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) pula, pemohon dikehendaki menamatkan pengajian sebelum umur 45 tahun.
  2. ii) Pemohon hendaklah mengikuti pengajian dalam SEPENUH MASA. Pemohon yang berstatus pelajar SEPARUH MASA tidak layak memohon.

Peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D)

– Sekurang-kurangnya berkelulusan Ijazah Sarjana dengan CGPA 3.00 ke atas atau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.75 ke atas atau kelulusan yang setara dengannya.

Peringkat Ijazah Sarjana

– Sekurang-kurangnya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.00 ke atas.

Peringkat Ijazah Sarjana Muda

– Sekurang-kurangnya berkelulusan Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas atau Matrikulasi dengan CGPA 3.0 ke atas atau Sijil  Tinggi Pelajaran (STPM) dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0 atau Sijil Tinggi Agama (STAM) dengan sekurang-kurangnya mendapat kelulusan Jayyid Jiddan atau Mumtaz dengan kelulusan yang setara dengan STPM.

Peringkat Diploma

– Sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya mendapat 5A dan 4B (tiada gred C dan ke atas).

Peringkat Diploma Kemahiran

– Sekurang-kurangnya berkelulusan sedang/telah mengikuti kursus tahap 2 bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Lulus SPM bagi pemohon Sijil Kemahiran yang lain.

Peringkat Sijil Kemahiran

– Perlu berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta dua (2) kredit di dalam mana-mana mata pelajaran yang lain.

Cara Memohon

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

Proses-proses Mendapatkan KADS1M Debit
UiTM di ❤ ku

Proses-proses Mendapatkan KADS1M Debit

Proses-proses mendapatkan KADS1M Debit Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu meringankan perbelanjaan

Read More »
Ayah dan Anak Genggam PhD Bersama
UiTM di ❤ ku

Ayah dan Anak Genggam PhD Bersama

Kebahagiaan berganda bagi bapa dan anak perempuannya apabila kedua-duanya menerima ijazah kedoktoran semasa majlis konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Mahad Ayen, pensyarah berusia 63 tahun,

Read More »
UiTM di ❤ ku

Keluarga Segalanya

“Apabila tengok bintang di langit jangan lupa rumput dibumi” ucapan abah yang selalu tersemat dihati. Kisah saya ini sekadar pengkongsian untuk adik-adik dan rakan-rakan yang

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE