Kisah Diejek Cikgu Dapat Lebih 30,000 Perkongsian – Pemuda Tampil Beri Penjelasan

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Kisah Diejek Cikgu Dapat Lebih 30,000 Perkongsian - Pemuda Tampil Beri Penjelasan

Profesion perguruan adalah satu profesion yang sangat mulia dan amat penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.

Seorang guru adalah pendidik, pembimbing dan pengajar di dalam kelas. Sekali gus, guru juga bertugas membabitkan murid dan pelajar di sesebuah sekolah.

Beberapa hari yang lalu, satu video mengenai luahan hati seorang lelaki yang menceritakan kenangan pahitnya diherdik seorang guru sewaktu berumur 11 tahun yang dikongsi pemuda bernama Akeem telah mendapat perkongsian meluas sehingga lebih 30, 000 retweets di laman sosial, Twitter.

Lelaki tersebut, Fadreen Iqmal menceritakan bagaimana guru tersebut telah mengejek dirinya di hadapan pelajar-pelajar lain selepas memberitahu bahawa cita-citanya ingin menjadi seorang juruterbang. Tambah beliau lagi, seorang guru yang berintegriti seharus memberikan didikan dan dorongan kepada setiap pelajar ke arah kejayaan. Ini kerana perjalanan hidup pelajar-pelajar ini masih panjang dan sebagai seorang dewasa, guru sepatutnya menjadi teladan yang bagus dalam mendidik dan membentuk negara bangsa.

Namun setelah video tersebut menjadi viral, pemuda tersebut sekali lagi tampil dengan satu penjelasan memohon maaf di atas kata-katanya itu. Beliau menegaskan bahawa bukan niatnya untuk memburukkan mana-mana pihak. Apa yang diceritakan di dalam video tersebut hanyalah pengalaman beliau semata-mata dan turut menyatakan bahawa dirinya tidak meragui Institusi Perguruan Negara.

Walau bagaimanapun cerita ini telah berjaya dipopularkan lagi oleh portal media online tempatan seperti OHBULAN! dan SAYS.COM dan rata-rata netizen memberikan comment yang negatif terhadap Institusi Perguruan Negara.

Hakikatnya tidak semua guru-guru di Malaysia mempunyai sikap yang sedemikian. Jangan kita jadikan kisah pemuda ini sebagai alat pengukur prestasi dan sikap guru-guru di Malaysia. Setiap seorang daripada kita pasti terhutang budi sekurang-kurangnya kepada seorang guru dalam apa jua keadaan sekalipun. Guru juga sentiasa diangkat sebagai agen perubahan sosial yang cukup berkesan. Ringkasnya, tiada kita seperti pada hari ini tanpa ajaran dan bimbingan daripada seorang insan mulia bernama guru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE