Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

MOHE tubuh pendaftaran PhD untuk pemegang di Malaysia

Berhubung dengan kes-kes PhD palsu yang semakin kerap kita dengarkan akhir-akhir ini, Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE)  telah mengumumkan akan menubuhkan pejabat pendaftaran bagi semua pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) di negara ini. Mereka yang memegang PhD palsu ini dilihat tidak takut untuk menggunakan untuk tujuan perniagaan, kem motivasi, dan  ramai di antara mereka yang telah berjaya menjual gelaran palsu

MOHE dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, pejabat pendaftaran itu di bawah Jabatan Pendidikan Tinggi akan secara automatik mendaftar semua lulusan PhD dalam negeri.

Bagi lulusan PhD seberang laut, pengesahan akan didapatkan daripada universiti-universiti berkenaan.

Penubuhan pejabat pendaftaran ini bertujuan memudah dan membantu undang-undang sedia ada, selain perlindungan undang-undang yang diperuntukkan di bawah Kanun Keseksaan, yang membolehkan tindakan jenayah diambil terhadap pengeluaran dan penggunaan gelaran akademik palsu.

MOHE tubuh pendaftaran PhD untuk pemegang di Malaysia
sumbar – sinar harian

Menurut MOHE, pejabat pendaftaran itu tertakluk di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30), Akta Institusi Pendidikan Swasta (Akta 555) dan garis panduan sedia wujud mengenai penggunaan gelaran akademik.

“Kementerian percaya langkah ini akan dapat menjamin penggunaan gelaran akademik yang boleh diyakini; membolehkan orang awam mendapatkan kesahihan maklumat; dan menyekat pengeluaran sijil akademik palsu,” kata kenyataan itu.

MOHE berkata, ia serius dalam mengambil tindakan terhadap perbuatan mengeluar dan mengguna gelaran akademik palsu oleh individu dan organisasi.

Ia menambah gelaran akademik palsu yang paling kerap diguna dan dikeluarkan di Malaysia ialah “Dr.”, sepertimana pada seseorang lulusan PhD.

Jadi, bagi anda yang telah berjaya mendapatkan PhD, jangan lupa untuk mendaftarkan ia kepada Kementerian Pendidikan Tinggi selepas program ini dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Sumber – Bernama

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad