Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Achoi, Seorang Anak Penoreh Getah Cipta Nama di Universiti Michigan

Kuala Pilah: Berbekal kemahuan dan semangat juang tinggi membolehkan seorang anak penoreh getah mencapai kejayaan dalam bidang diceburi biarpun berada jauh di perantauan.

Azrul Hisyam Samsuri, 24, yang menuntut di Universiti Michigan, Amerika Syarikat, dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya penuntut Malaysia yang menerima Anugerah ‘The Walter R and Margaret W Yates Memorial Scholarship’, sejak 31 tahun lalu.

Anugerah itu membolehkan Azrul menerima hadiah wang tunai AS2,000 (RM8,657).

Kejayaan Azrul menjadi tular di WhatsApp dan mendapat pujian daripada pelbagai pihak yang menganggap kejayaan anak kelahiran Kuala Pilah itu sebagai luar biasa.

Bapa Azrul, Samsuri Pileh, 64, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Jemapoh, di sini, berkata, dia mengetahui kejayaan anak kelima daripada enam beradik itu selepas dimaklumkan anaknya, Rabu lalu.

Menurutnya, sebagai bapa, pastinya dia berbangga dengan kejayaan Azrul yang mesra dipanggil Achoi.

“Achoi bekas pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Jaafar dan memperoleh 9A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2011.

“Achoi juga pernah mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan pidato peringkat kebangsaan. Selepas itu, dia melanjutkan pengajian ke universiti berkenaan pada 2014,” katanya.

Sumber – Harian Metro

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad